• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Pixel 9a kini boleh dibeli di Malaysia, varian 256GB RM500 lebih mahal

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:36 pm
  • 16/04/2025
  • Komen
Google Pixel 9a kini boleh dibeli di Malaysia, varian 256GB RM500 lebih mahal
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan hujung Mac lalu, Google Pixel 9a akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi hari ini dan tersedia didapatkan peminat tempatan. Ia merupakan telefon paling mampu milik dalam barisan Pixel 9, dan boleh dikatakan jawapan Google kepada iPhone 16e.

Harga varian Pixel 9a dengan storan 128GB telah pun diumumkan sebelum ini, tetapi dengan pelancaran hari ini, Google turut mendedahkan harga untuk varian storan 256GB.



Harga Google Pixel 9a di Malaysia

Berikut adalah harga untuk kedua-dua varian Google Pixel 9a:

  • Pixel 9a 128GB – RM2,699
  • Pixel 9a 256GB – RM3,199

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Google Pixel 9a menerusi stor rasmi Google Malaysia di Shopee. Sebagai promosi pelancaran, untuk masa terhad, Pixel 9a boleh didapatkan dari serendah RM225/bulan melalui pelan ansuran SPayLater selama 12 bulan dengan faedah 0%.



Pixel 9a juga tersedia didapatkan melalui telco CelcomDigi, Maxis dan U Mobile. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan untuk Pixel 9a, iaitu ungu, merah, putih dan hitam. Sementara itu, pelindung Pixel 9a juga tersedia pada harga RM149.

Spesifikasi Google Pixel 9a

Pixel 9a adalah model permulaan dalam siri Pixel 9. Berbanding Pixel 8a, Pixel 9a kini tampil sisi rata seperti telefon Pixel 9 yang lain, tetapi mendukung rekaan panel belakang yang berbeza dengan modul kamera rata dan tidak terbonjol keluar.

Di hadapan, ia dipasangkan dengan paparan Actua berukuran 6.3-inci jenis pOLED beresolusi FHD+ 2424 x 1080 dan sokong kadar penyegaran 120Hz. Panel paparannya juga mempunyai kecerahan puncak 2,700 nits, yang didakwa Google adalah tercerah pada siri A dan 35% lebih cerah daripada 8a.

Dari segi perlindungan, kaca Corning Gorilla Glass 3 melapisi atas komponen skrin dan telefon juga mempunyai tahap kalis air IP68. Kuasa peggerak utama Pixel 9a adalah cip Google terkini, Tensor G4 yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan sama ada 128GB atau 256GB.

Sistem kamera belakang Pixel 9a terdiri daripada dua buah kamera. Ia adalah kamera utama 48MP f/1.7 berkemampuan zum sehingga 8 kali dengan penstabil imej optikal, dan kamera ultralebar 13MP f/2.2. Lubang kecil di atas skrin pula merumahkan kamera hadapan 13MP f/2.2

Untuk tenaga, Pixel 9a dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,100mAh yang dikatakan boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 30 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas pada kuasa 23W melalui USB-C dan secara wayarles 7.5W.

Tags: Googlegoogle malaysiapixel 9Pixel 9a
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Google Pixel 9a kini boleh dibeli di Malaysia, varian 256GB RM500 lebih mahal

Google Pixel 9a kini boleh dibeli di Malaysia, varian 256GB RM500 lebih mahal

16 April 2025
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN