• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had 50 hari & panggilan masuk percuma untuk RM138

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:27 pm
  • 18/04/2025
  • Komen
Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had 50 hari & panggilan masuk percuma untuk RM138
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda adalah insan yang bakal mengerjakan ibadah Haji di Arab Saudi tahun ini, CelcomDigi telah melancarkan Pas Perantauan Haji baru untuk 2025. Pas ini menyediakan data tanpa had di Arab Saudi pada harga RM138 dan boleh dilanggan oleh kedua-dua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi.

Dengan harga RM138, pas ini ini datang dengan data internet berkelajuan tinggi 150GB, dan jika kuota habis, anda boleh nikmati internet tanpa had pada kelajuan 1Mbps. Ia turut disertakan dengan panggilan masuk percuma dari semua semua destinasi di seluruh dunia. Pas ini sah digunakan selama 50 hari dari tarikh pengaktifan, dan boleh dilanggan dari sekarang sehingga 30 Jun 2025.



Semasa di Arab Saudi, pengguna boleh bersambung ke tiga rakan perantauan CelcomDigi iaitu Mobility, STC dan Zain. Jika anda memerlukan lebih banyak data, CelcomDigi turut menawarkan data tambahan sebanyak 5GB (sah selama 24 jam) pada harga RM10. Anda juga boleh menambah 15 minit panggilan suara (60 saat bagi 1 blok) untuk panggilan ke Malaysia dan dalam Arab Saudi dengan harga RM20.

Cara melanggan Pas Perantauan Haji CelcomDigi

Macam yang dikatakan awal tadi, Pas Perantauan Haji ini boleh dilanggan oleh kedua-dua pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi. Untuk membeli pas, hanya lancarkan aplikasi dan pilih ‘Add-Ons’, kemudian tekan pada ‘Roaming’ dan pilih negara Arab Saudi. Seterusnya, anda perlu tekan ‘Pas Perantauan Haji Tanpa Had 50-hari’ dan buat pembelian.



Perlu dingatkan untuk pengguna Celcom, pas ini sah dipakai untuk tempoh 1,200 jam atau bersamaan dengan 50 hari, manakala untuk pengguna Digi, tempoh pas akan tamat pada jam 11.59 malam hari ke-50 selepas pengaktifan. Pas Perantauan Haji CelcomDigi ini juga hanya boleh dipakai di Arab Saudi sahaja, dan tidak terpakai di negara lain yang anda transit. Jika anda menggunakan data di luar Arab Saudi, anda akan dicaj Perantauan Internet Harian secara automatik.

Kalau anda bukan pelanggan CelcomDigi, anda juga boleh mendapatkan pek Haji Prabayar CelcomDigi di Kursus Perdana Haji di Tabung Haji atau stor CelcomDigi di seluruh negara sehingga 30 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Pas Perantauan Haji CelcomDigi atau laman FAQ mereka.

Tags: celcomCelcomDigidigihajiPas perantauanPas Perantauan HajiPas Perantauan Haji CelcomDigi
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had 50 hari & panggilan masuk percuma untuk RM138

Pas Perantauan Haji CelcomDigi: Internet tanpa had 50 hari & panggilan masuk percuma untuk RM138

18 April 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER