• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 50 Pro+ 5G dilancar, ada kamera periskop 50MP & skrin 144Hz, harga RM1,599

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:43 pm
  • 22/04/2025
  • Komen
Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman sebelum ini, Infinix hari ini telah rasmi melancarkan Note 50 Pro+ 5G untuk pasaran Malaysia. Ia adalah model tertinggi dalam barisan Note 50 dan hadir dengan spesifikasi menarik seperti cip berkuasa tinggi Dimensity 8350 Ultimate, skrin pantas 144Hz, pengecasan 100W dan kamera periskop pada harga bawah RM2,000.

Harga dan ketersediaan Infinix Note 50 Pro+ 5G di Malaysia

Orang ramai boleh mula mendapatkan Infinix Note 50 Pro+ 5G hari ini, 22 April. Ia ditawarkan dalam satu varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Infinix Note 50 Pro+ 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,599

Lebih menarik, Infinix juga akan menyertakan pembelian Note 50 Pro+ 5G dengan fon putik terbaru, iaitu Infinix AI Buds yang berharga RM399, tertakluk sementara stok masih ada. Jika berminat, anda boleh dapatkan Note 50 Pro+ 5G melalui Lazada, Shopee, dan TikTok Shop, atau di semua pengedar sah Infinix di Malaysia.

Note 50 Pro+ 5G tersedia dalam tiga pilihan warna, iaitu kelabu, ungu dan Racing Edition.



Spesifikasi Note 50 Pro+ 5G

Kuasa utama Note 50 Pro+ 5G digerakkan oleh cip Dimensity 8350 Ultimate, yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Menggunakan cip tersebut, Infinix mengatakan telefon ini mencatatkan markah lebih 1.45 juta di AnTuTu, malah melangkaui cip Snapdragon 8+ Gen 1. Ia juga dilengkapi dengan Vapor Chamber 12,326mm² dikatakan dapat mengurangkan haba sehingga 10 darjah.

Di hadapan, telefon ini dipasangkan dengan panel paparan AMOLED berukuran 6.78″ dengan resolusi FHD+ dan kecerahan puncak 1,300 nits. Ia menyokong kadar penyegaran sepantas 144Hz, dan telefon mampu menjalakan gaming pada kadar bingkai sehingga 120FPS untuk permainan seperti Mobile Legends, PUBG dan Honor of Kings.

Untuk mengangkap gambar, ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS menggunakan sensor Sony IMX896, kamera ultralebar 8MP dan kamera telefoto periskop 50MP, yang turut memiliki kemampuan zum lossless 6x, zum digital 100x dan OIS. Sistem pengimejannya turut menampilkan pemprosesan imej AI RAW Infinix untuk mempertingkatkan kualiti gambar.

Pada modul kameranya, turut disertakan dengan lampu Bio-Active Halo AI yang bukan sahaja boleh berinteraksi dengan notifikasi, tetapi juga berfungsi untuk pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah menggunakan sensor terbina.

Membekalkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 5,200mAh dan ia menyokong pengecasan 100W melalui USB-C dan 50W wayarles dengan teknologi MagCharge. Menggunakan pengecasan berwayar, Infinix mendakwa telefon boleh dicas penuh dalam masa hanya 32 minit. Speaker telefon adalah jenis stereo dengan penjenamaan JBL dan telefon turut diiktiraf kalis percikan air dan debu IP64.

Ia menjalankan sistem operasi XOS 15 berasaskan Android 15 dan hadir dengan beberapa fungsi AI melalui Folax, termasuk AI Recording Summary, AI Writing Assistant dan pengecaman makanan dan terjemahan melalui kamera. Infinix juga menjanjikan kemas kini Android 2 kali dan 3 tahun keselamatan untuk Note 50 Pro+ 5G.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix Note 50Infinix Note 50 Pro+Infinix Note 50 Pro+ 5G
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April

Infinix Note 50 Pro+ 5G dilancar, ada kamera periskop 50MP & skrin 144Hz, harga RM1,599

22 April 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER