• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:49 pm
  • 15/04/2025
  • Komen
Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung Mac lepas, Infinix telah memperkenalkan secara global telefon pintar terbaru mereka, iaitu Note 50 Pro+ 5G. Ia merupakan model tertinggi dalam barisan Note 50 dan kini, Infinix telah mengesahkan peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, pada 22 April 2025.

Infinix menyatakan Note 50 Pro+ 5G datang dengan rekaan premium menggunakan aloi aluminium gred aeroangkasa, bersama bingkai logam Ultra-Resilient ArmorAlloy yang tahan lasak. Peranti ini juga dibina menggunakan kaedah HyperCasting Tech dari Infinix yang bukan sahaja mengurangkan bilangan struktur komponen, tetapi juga menjadikan peranti 10% lebih ringan.



Selain itu, telefon ini menampilkan ciri Infinix AI dengan integrasi penuh DeepSeek-R1. Infinix turut memperkenalkan One-Tap Infinix AI pada Note 50 Pro+, yang membolehkan Folax diaktifkan dengan menekan lama butang kuasa. Antara fungsi AI yang ditawarkan melalui Folax termasuk AI Recording Summary, AI Writing Assistant dan pengecasman makanan dan terjemahan melalui kamera.

Lebih menarik, Note 50 Pro+ turut dilengkapi lampu Bio-Active Halo AI yang turut berfungsi untuk pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung dan oksigen dalam darah menggunakan sensor terbina.



Spesikfikasi Infinix Note 50 Pro+

Memandangkan Note 50 Pro+ telah dilancarkan secara global di beberapa pasaran, spesifikasi penuhnya telah pun diektahui. Note 50 Pro+ memiliki skrin berkuran 6,78″ jenis AMOLED dengan kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan puncak 1,300 nits. Telefon juga diiktiraf kalis percikan air dan debu IP65.

Kuasa penggerak utama telefon adalah cip Dimensity 8350, dan ia menggunakan bateri 5,200mAh dengan pengecasan 100W melalui USB-C dan wayarles 50W. Untuk menangkap gambar, ia dilengkapi kamera utama 50MP OIS, kamera periskop telefoto 50MP dengan OIS dan zum optikal 3x, dan kamera ultralebar 8MP.

Tidaklah pasti konfigurasi yang akan dibawa masuk ke Malaysia akan sama seperti di pasaran antarabangsa, tetapi ia ditawarkan dengan konfigurasi RAM 12GB dan storan 256GB, pada harga USD$370 (~RM1,631). Untuk maklumat lanjut berkenaan ketersediaannya di Malaysia, nantikan pelancaran Note 50 Pro+ 5G yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Tags: InfinixInfinix Note 50 Pro+Infinix Note 50 Pro+ 5GNote 50 Pro+ 5g
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April

Infinix Note 50 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 22 April

15 April 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER