• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nvidia pamer inovasi AI terkini seni bina Blackwell & laptop siri RTX 50 di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:16 am
  • 25/04/2025
  • Komen
Nvidia pamer inovasi AI terkini seni bina Blackwell & laptop siri RTX 50 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nvidia hari ini telah mengadakan acara tertutup bersama media untuk membentangkan beberapa perkara baru berkaitan teknologi grafik dan AI pada pemproses grafik (GPU) terbaharu mereka, siri GeForce RTX 50. Acara ini bukan sahaja menyaksikan pengenalan kepada GPU generasi terkini, tetapi turut memberi peluang kepada media untuk melihat dengan lebih dekat barisan laptop RTX 50 terbaru.

Antara perkara yang diketengahkan Nvidia semasa pembentangan termasuk seni bina GPU Blackwell terbaru, yang didatangkan dengan teknologi Deep Learning Super Sampling (DLSS) 4 dengan Multi Frame Generation untuk meningkatkan kualiti grafik di dalam game. Teknologi ini membolehkan GPU menjana tiga bingkai tambahan bagi setiap satu bingkai grafik yang dirender.



Selain itu, seni bina Blackwell turut disertakan dengan Nvidia Max-Q generasi terbaru, yang mengoptimumkan prestasi dan jangka hayat bateri laptop walaupun dalam badan nipis. Menurut pembentangan oleh Nvidia, teknologi ini mampu menawarkan 40% jangka hayat bateri lebih panjang untuk gaming, dan 30% lebih panjang untuk melayari web dan menonton video.

Seni bina Blackwell juga membantu menjalankan model AI berskala besar seperti Large Language Model (LLM) terus dari PC tanpa kebergantungan kepada pelayan awan. Sewaktu acara berkenaan, Nvidia turut menunjukkan bagaimana ia mengendalikan program AI seperti AnythingLLM, AI Workbench dan AI Blueprint dengan lancar.



Nvidia turut mempamerkan demo Nvidia Broadcast, yang membolehkan pengguna menukar latar belakang, mengekalkan kedudukan di tengah bingkai, menghapuskan bunyi hingar, serta memastikan pandangan mata sentiasa tertumpu ke arah kamera.

Macam yang dikatakan tadi, Nvidia ada mempamerkan barisan laptop RTX 50 pada acara ini. Ini termasuk seperti Asus ROG Strix SCAR 18 (RTX 5090), Razer Blade 16 (RTX 5090), Legion 7i Pro (RTX 5080), MSI Vector HX AI (RTX 5070 TI), HP Omen Max 16 dan Acer Predator Helios Neo 16 (RTX 5070) yang belum diumumkan secara rasmi.

Dalam masa sama, Nvidia turut menyatakan teknologi DLSS4 kini tersedia di lebih 100 game dan aplikasi, dengan lebih banyak sokongan game pada masa akan datang.

Tags: GeForce RTXGeForce RTX 50GPUkad grafikNvidianvidia blackwell
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nvidia pamer inovasi AI terkini seni bina Blackwell & laptop siri RTX 50 di Malaysia

Nvidia pamer inovasi AI terkini seni bina Blackwell & laptop siri RTX 50 di Malaysia

25 April 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER