• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Prime Video kini tersedia di Astro Ultra & Ulti Box, akses percuma selama 2 bulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:16 pm
  • 25/04/2025
  • Komen
Prime Video kini tersedia di Astro Ultra & Ulti Box, akses percuma selama 2 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Astro telah mengumumkan bahawa aplikasi Amazon Prime Video kini tersedia di Astro Ultra dan Ulti Box. Dengan interasi ini, pelanggan Astro kini boleh menstrim kandungan Prime Video terus dari kotak TV mereka, termasuk untuk kandungan original Amazon, filem blokbuster dan siri TV, semuanya melalui platform Astro.

Sebagai promosi pelancarannya, Astro juga menawarkan pengaktifkan dua bulan Prime Video secara percuma kepada semua pelanggan Astro dengan Ultra dan Ulti Box, iaitu penjimatan sebanyak RM50.



Akses dua bulan Prime Video ini boleh ditebus dari 24 April hingga 23 Jun 2025. Untuk menebusnya, anda hanya perlu tekan butang ‘Home’ pada alat kawalan Astro Ultra dan Ulti Box dan pilih aplikasi Prime Video di bahagian app. Kemudian, ikuti langkah yang tertera pada skrin untuk mendaftar akaun Amazon Prime dan imbas kod QR untuk memautkan akaun pada Ultra dan Ulti Box anda.

Untuk rujukan, langganan Amazon Prime Video di Malaysia berharga RM25/bulan atau RM228/tahun.



Selain itu, Astro juga menawarkan fleksibiti untuk pelanggan menyesuaikan pek langganan mereka, dengan penambahan lebih 13 aplikasi penstriman. Ini termasuk Prime Video, Max, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi. Pelanggan boleh mengurus dan mengubah langganan penstriman mereka melalui aplikasi My Astro pada bila-bila masa.

Sekiranya anda berminat untuk melanggan Pek Astro One, ia ditawarkan pada harga bermula RM49.90/bulan. Pelanggan juga boleh menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps yang didatangkan dengan Pek Hiburan, bermula dari RM139.99/bulan.

Mengulas tentang integrasi Amazon Prime Video, Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Astro, berkata, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Amazon untuk membawakan Prime Video ke Ultra dan Ulti Box. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan pelbagai di satu platform.”

“Dengan menawarkan akses mudah ke kandungan Prime Video berserta kandungan sedia ada kami dan on-demand, kami menawarkan pelanggan pilihan dan nilai terbaik, semuanya menerusi akses Ultra atau Ulti box mereka. Kerjasama ini meningkatkan lagi komitmen Astro untuk bukan sekadar memberi yang terbaik tetapi juga memudahkan pengalaman hiburan pelanggan”, tambah beliau.

Sementara itu, David Simonsen, Pengarah Amazon Prime Video bagi Asia Tenggara & MENA, berkata, “Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik, dan melalui integrasi Prime Video ke dalam ekosistem Astro, kami memastikan pelanggan boleh mengakses rancangan dan filem kegemaran mereka dengan lebih mudah di pelbagai peranti, meggariskan obsesi kami dalam membawa keselesaan dan kualiti kepada penonton.”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Astro Prime Video.

Tags: amazonAmazon Prime VideoastroPrime Video
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Prime Video kini tersedia di Astro Ultra & Ulti Box, akses percuma selama 2 bulan

Prime Video kini tersedia di Astro Ultra & Ulti Box, akses percuma selama 2 bulan

25 April 2025
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN