• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE akan dilancar di Malaysia pada 8 Mei, harga dari RM2,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:44 pm
  • 25/04/2025
  • Komen
Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE akan dilancar di Malaysia pada 8 Mei, harga dari RM2,199
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengumumkan tablet kelas pertengahan premium terbaru mereka, iaitu Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ di Malaysia. Ia akan tersedia di Malaysia mulai 8 Mei, dan Samsung juga menawarkan promosi dengan memberikan diskaun dan hadiah percuma untuk pembelian dari sekarang hingga 15 Jun.

Harga dan ketersediaan Samsung Galaxy Tab S10 FE & FE+

Terdapat dua varian, iaitu WiFi dan 5G yang ditawarkan bagi setiap model dalam siri Galaxy S10 FE dengan konfigurasi RAM dan storan yang sama. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Galaxy Tab S10 FE WiFi (12GB+256GB): RM2,199
  • Galaxy Tab S10 FE 5G (12GB+256GB): RM2,699
  • Galaxy Tab S10 FE+ WiFi (12GB+256GB): RM2,799
  • Galaxy Tab S10 FE+ 5G (12GB+256GB): RM3,299

Kedua-dua tablet boleh didtawarkan dalam tiga pilihan, iaitu warna kelabu, perak dan biru.

Dari sekarang hingga 7 Mei, anda juga boleh mendapatkan diskaun RM200 untuk pembelian siri Galaxy Tab S10 FE dengan membeli baucar Samsung Reservation+. pada harga RM20. Pembelian di antara 8 Mei dan 15 Jun juga akan disertakan dengan sarung papan kekunci ITFIT bernilai RM499 dan rebat tukar beli RM200.



Spesifikasi Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+

Galaxy Tab S10 FE dan Tab S10 FE+ secara asasnya adalah tablet yang sama, dengan perbezaan terletak pada saiz dan bateri. Galaxy Tab S10 FE memiliki paparan berukuran 10.9″, manakala Tab S10 FE+ dilengkapi dengan paparan lebih besar berukuran 13.1″. Berbanding AMOLED, kedua-dua tablet menggunakan panel paparan LCD dengan kadar penyegaran 90Hz.

Daripada segi rekaan, kedua-dua badan tablet berukuran hanya 6.0mm, dengan model Tab S10 FE WiFi memiliki berat dari 479g, manakala model FE+ WiFi pula berat dari 664g. Siri Tab S10 FE ini turut didatangkan dengan sistem dua speaker dan diiktiraf kalis air dan debu IP68, sama seperti generasi sebelumnya.

Atas papan utama, kedua-dua Galaxy Tab S10 FE dan FE+ dikuasakan cip yang sama iaitu Exynos 1580. Ia adalah cip yang sama digunapakai di Galaxy A56. Tablet didatakgn dengan pilihan RAM 8GB dan storan 18GB atau RAM 12GB dan storan 256GB. Terdapat juga slot kad mikroSD yang membenarkan storan diperluas lagi sehingga 2TB.

Unit kamera yang terdapat pada kedua-dua tablet adalah sama, iaitu kamera belakang 13MP dan kamera 12MP. Sebagai perbandingan, Tab S9 FE sebelum ini menggunakan kamera belakang 8MP, manakala Tab S9 FE+ dilengkapi kamera utama yang sama dan tambahan kamera ultralebar 8MP. Tab S10 FE datang dengan bateri 8,000mAh, manakala Tab S10+ ada bateri lebih besar 10,090mAh. Kedua-dua tablet menyokong pengecasan 45W USB-C.

Selain itu, tablet ini juga akan menjalankan sistem operasi One UI 7 berasaskan Android 15 sejurus keluar kotak, dan menyokong pelbagai ciri AI termasuk Circle to Search, Samsung Notes with Solve Math, Object Eraser dan Best Face. Tablet juga menyokong penggunaan pen stailus S Pen, yang disertakan dalam kotak. Tetapi, versi S Pen kali ini tidak menyokong Bluetooth Low Energy (BLE).

Tags: Galaxy Tab S10 FEGalaxy Tab S10 FE+samsungSamsung Galaxy Tabsamsung malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE akan dilancar di Malaysia pada 8 Mei, harga dari RM2,199

Siri Samsung Galaxy Tab S10 FE akan dilancar di Malaysia pada 8 Mei, harga dari RM2,199

25 April 2025
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN