• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Asus lancar laptop berkuasa dan mampu milik, Gaming V16 & K16 dari RM3,499

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:15 pm
  • 28/04/2025
  • Komen
Asus lancar laptop berkuasa dan mampu milik, Gaming V16 & K16 dari RM3,499
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia telah memperkenalkan siri laptop Asus Gaming terbaru, yang terdiri daripada dua model iaitu Gaming V16 dan Gaming K16. Kedua-dua laptop ini direka sebagai pilihan laptop gaming mampu milik dengan menampilkan spesifikasi menarik seperti pilihan GPU sehingga RTX 4050, pemproses Intel Core 5, rekaan nipis dan ringan, serta skrin pantas dengan kadar segar semula 144Hz.

Harga dan ketersediaan Gaming V16 & K16 di Malaysia

Untuk mereka yang berminat, kedua-dua laptop Gaming V16 dan K16 boleh didapatkan di Malaysia sekarang melalui semua pengedar sah Asus di Malaysia dan stor online Asus. Gaming V16 dijual pada harga RM3,999, manakala Gaming K16 pula dijual pada harga RM3,499.



Dengan pembelian laptop Gaming V16 dan K16, pembeli juga akan menerima percuma langganan 1 tahun Microsoft 365 Basic dan 3 bulan percubaan PC Game Pass.

Spesifikasi Asus Gaming V16 dan Gaming K16

Gaming V16

Kedua-dua Gaming V16 dan K16 adalah laptop bersaiz 16″ dan mereka berkongsi beberapa perkakasan luaran yang sama, khususnya pada bahagian skrin. Gaming K16 dan V16 menggunakan paparan IPS PCD beresolusi FHD+ (1920 x 1200) dengan nisbah 16:10 dan sokong kadar segar semula 144Hz. Kecerahan puncak paparannya adalah 300 nits.



Gaming V16 adalah model yang lebih berkuasa, diperkasa cip pemproses Intel Core 5 (210H) dengan dengan GPU GeForce RTX 4050, dan dipadankan dengan RAM DDR5-5600 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 seluas 512GB. Sementara itu, model Gaming K16 pula dikuasakan cip Intel Core i5-13420H generasi ke-13, RTX 3050 bersama-sama dengan RAM DDR4-3200 16GB, storan SSD PCIe 4.0 512GB.

Komponen bateri yang dimuatkan pada kedua-dua model juga adalah berbeza. Gaming V16 menerima bateri berkpasiti 63Wh, manakala Gaming K16 pula menerima bateri sedikit lebih kecil iaitu 50Wh.

Gaming K16

Penawaran port yang boleh anda temukan pada gaming V16 termasuk 1x USB-C 3.2 Gen 2 (sokong DisPlayPort 1.4 dan PD 3.0), 2x USB-A 3.2 Gen 1, 1x HDMI 2.1, jek audio 3.5mm dan port pengecas DC. Gaming K16 pula menampilkan 1x USB-C 3.2 Gen 2 (hanya sokong PD), 2x USB-A3.2 Gen 1, jek audio, port pengecas DC dan slot kad SD 4.0.

Gaming K16
Gaming V16

Daripada segi rekaan, kedua-dua laptop hadir dengan binaan tahan lasak yang melepasi piawaian MIL-STD 810H serta rekaan mudah alih, dengan Gaming K16 menampilkan ketebalan cuma 18.9mm dan berat 1.8kg, manakala Gaming V16 pula berukuran 22mm dan berat 1.95kg.

Gaming V16

Selain itu, kedua-dua laptop juga menyokong WiFi 6, Bluetooth 5.3, dan dilengkapi dengan speaker berteknologi Dirac Audio, kamera webcam FHD 1080p (kamera webcam HD untuk Gaming K16), dan menjalankan Windows 11 Home.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Gaming V16 dan Gaming K16.

Tags: asusAsus Gaming K16Asus Gaming V16asus malaysiaLaptop gaming
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Asus lancar laptop berkuasa dan mampu milik, Gaming V16 & K16 dari RM3,499

Asus lancar laptop berkuasa dan mampu milik, Gaming V16 & K16 dari RM3,499

28 April 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER