• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S25 Edge mungkin dilancar 13 Mei, nipis 5.8mm dengan Snapdragon 8 Elite

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:34 pm
  • 02/05/2025
  • Komen
Samsung Galaxy S25 Edge mungkin dilancar 13 Mei, nipis 5.8mm dengan Snapdragon 8 Elite
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung tidak beselindung lagi bahawa mereka akan memperkenalkan telefon pintar nipis, yang dipanggil sebagai Samsung Galaxy S25 Edge. Peranti ‘nipis’ ini juga telah dipamerkan secara rasmi di acara MWC 2025 di Barcelona pada Mac lepas, sekali gus memperlihatkan rekaan penuhnya kepada khalayak ramai.

Kini, dijangka Galaxy S25 Edge akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, berkemungkinan pada 13 Mei 2025, berdasarkan perkongsian terbaru oleh pembocor terkenal, Evan Blass.



Perkara tersebut dikongsikan Evan menerusi hantaran di X yang mendedahkan tarikh pelancaran Galaxy S25 Edge dalam bahasa Itali. Namun begitu, tidak lama selepas itu, imej tersebut telah dipadam berikutan menerima beberapa notis DMCA, yang menguatkan lagi kemungkinan bahawa 13 Mei merupakan tarikh pelancaran sebenar.

pic.twitter.com/CsrDbh6UkR

— Evan Blass (@evleaks) April 25, 2025

Selain itu, Evan turut berkongsikan petikan yang dipercayai adalah sebahagian daripada bahan pemasaran Galaxy S25 Edge, lantas mendedahkan beberapa butiran lain. Ini termasuk ia akan mendukung rekaan ultra nipis pada 5.8mm dan ringan hanya 163g. Telefon ini turut dikatakan datang dengan bingkai titanium dan kaca Corning Gorilla Glass Ceramic 2.



Seperti yang dapat dilihat di acara MWC 2025, Galaxy S25 Edge akan dilengkapi tetapan dua kamera belakang yang menampilkan kamera utama 200MP “Pro-grade”. Sementara itu, kamera keduanya dikakatakan adalah kamera ultralebar 12MP.

Memandangkan Galaxy S25 Edge merupakan peranti berkelas flagship Samsung untuk 2025, anda boleh jangkakan yang ia akan dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite dan menjalankan sistem operasi One UI 7.

Skrinnya dikatakan berukuran 6.7″ dengan resolusi 3120×1440 dan kadar segar semula 120Hz, dan menggunakan bateri 3,900mAh. Telefon juga menerima pengiktirafan kalis air dan debu IP68 dan akan menyokong WiFi 7 dan Bluetooth 5.4.

Setakat ini, masih tiada maklumat rasmi berkenaan ketersediaannya di pasaran global atau sama ada ia akan dijual di Malaysia. Bagaimanapun, memandangkan Malaysia merupakan pasaran utama Samsung, kami menjangkakan pratempah untuk Galaxy S25 Edge akan dibuka tidak lama lagi, bersama-sama dengan promosi pembelian awal dari Samsung Malaysia.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Galaxy S25 EdgesamsungSamsung Galaxy S25Samsung Galaxy S25 Edge
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Samsung Galaxy S25 Edge mungkin dilancar 13 Mei, nipis 5.8mm dengan Snapdragon 8 Elite

Samsung Galaxy S25 Edge mungkin dilancar 13 Mei, nipis 5.8mm dengan Snapdragon 8 Elite

2 May 2025
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN