• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 400 akan dilancarkan tidak lama lagi, Malaysia jadi lokasi pelancaran global

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:53 pm
  • 05/05/2025
  • Komen
Siri Honor 400 akan dilancarkan tidak lama lagi, Malaysia jadi lokasi pelancaran global
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa siri Honor 400 akan membuat kemunculannya tidak lama lagi, dengan Malaysia dipilih sebagai pasaran global pertama untuk pelancarannya. Menurut Honor, siri terbaru ini bakal menampilkan teknologi “Next-Gen AI Imaging”, menunjukkan fokus peranti ini adalah pada bahagian kamera.

Berdasarkan teaser sebelum ini, siri Honor 400 terdiri daripada tiga model, dengan model pertama adalah Honor 400 Lite yang baru sahaja dilancarkan pada 25 April. Walaupun tidak dinyatakan dua lagi model yang akan dilancarkan, berkemungkinan ia adalah Honor 400 dan Honor 400 Pro, jika melihat pada siri Honor 200 sebelumnya.



Honor 400 Lite

Bagaimanapun, tiada maklumat spesifikasi yang didedahkan Honor setakat ini berkenaan siri Honor 400 akan datang, selain daripada menyatakan bahagian pengimejannya akan dilengkapi pelbagai ciri AI. Antara ciri tersebut termasuk keupayaan untuk menangkap, menyunting dan berkongsi gambar dengan lebih mudah dan tepat.

Selain itu, sistem kameranya juga dikatakan mampu untuk menawarkan hasil gambar dengan kejelasan, warna dan perincian yang luar biasa. Walaupun butiran mengenai perkakasan kamera masih belum didedahkan, teaser Honor memberi sedikit gambaran tentang rekaan dan kamera belakangnya.



Menerusi poster teaser yang dikongsikan oleh Honor, siri Honor 400 akan hadir dengan susunan tiga kamera di belakang mirip seperti generasi sebelumnya, tetapi tanpa modul kamera besar berwarna hitam. Teaser itu turut memberi bayangan bahawa warna kelabu akan menjadi salah satu pilihan warna yang ditawarkan.

Selain pengimejan, Honor turut mengatakan siri Honor 400 hadir dengan peningkatan daripada segi kapasiti bateri, skrin, ketahanan dan dilengkapi lebih banyak ciri AI. Tiada butiran tarikh pelancaran yang diberikan pada ketika ini, tetapi maklumat lebih lanjut mengenainya akan diumumkan Honor pada 8 Mei 2025.

Jangkaan spesifikasi Honor 400

Menjelan pelancarannya, khabar angin mengenai spesifikasi siri Honor 400 semakin hangat diperkatakan dalam talian. Berdasarkan laporan GSMArena, Honor 400 akan menggunakan skrin AMOLED 6.55″ 120Hz dengan kecerahan puncak 5,000 nits, cip Snapdragon 7 Gen 3, bateri 5,300mAh dengan pengecasan 66W.

Manakala, model Pro pula akan ada skrin lagi besar 6.7″, dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, kapasiti bateri sama 5,300mAh, tetapi menyokong pengecasan lagi pantas 100W. Kedua-duanya juga dikatakan akan memiliki kamera utama 200MP, dengan model Pro dilengkapi kamera telefoto 50MP.

Untuk maklumat lebih lanjut, nantikan pengumuman rasmi daripada Honor dalam beberapa hari lagi.

Tags: honorHonor 400honor malaysiaSiri Honor 400
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Siri Honor 400 akan dilancarkan tidak lama lagi, Malaysia jadi lokasi pelancaran global

Siri Honor 400 akan dilancarkan tidak lama lagi, Malaysia jadi lokasi pelancaran global

5 May 2025
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN