• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:37 pm
  • 13/05/2025
  • Komen
Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP
Share on FacebookShare on Twitter

Sony secara rasmi telah mengumumkan flagship terbaru mereka, Xperia 1 VII. Flaship ini menggantikan tempat Sony Xperia 1VI tahun lepas dan membawakan peningkatan pada bahagian prestasi, kamera, serta dilengkapi dengan ciri AI yang dipanggil Xperia Intelligence, walaupun mengekalkan keseluruhan rekaan serupa.

Skrin identikal, diperkasa cip Snapdragon 8 Elite

Bermula dengan paparan, seperti Xperia 1 VI terdahulu, telefon ini masih menggunakan panel 6.5” jenis OLED HDR beresolusi FHD+ (2340×1080) dalam nisbah 19.5:9 dan kadar segar semula 120Hz. Panel paparannya juga dilengkapi dengan teknologi BRAVIA, dan ia dikatakan adalah paparan Xperia paling cerah setakat ini dan 20% lebih cerah berbanding terdahulu.



Sony turut mengatakan bahawa mereka telah menambah sensor pencahayaan di bahagian belakang peranti, yang membolehkan tahap kecerahan dan warna skrin dilaras secara automatik mengikut keadaan persekitaran. Untuk perlindungan, kaca depan skrin dilapisi dengan Corning Gorilla Glass Victus 2 dan telefon juga mempunyai tahap kekalisan air dan debu IP68.

Atas papan utama, Xperia 1 VII dikuasakan cip flagship terhebat Qualcomm pada masa kini, iaitu Snapdragon 8 Elite. Cip itu dipadankan dengan RAM 12GB dan storan 256GB, dan kalau storan tidak mencukupi, tak perlu risau kerana Sony masih mengekalkan slot kad mikroSD pada model baru ini.



Ia juga dibekalkan dengan bateri 5,000mAh sama seperti sebelum ini, dan dikatakan boleh menawarkan masa penggunaan sehingga 2 hari dalam satu isian penuh. Untuk mengecas, bateri boleh dicas pada kuasa 30W melalui USB-C.

Kamera ultralebar 48MP baru

Daripada segi kamera, Sony Xperia 1 VII dilengkapkan dengan tetapan tiga kamera belakang, terdiri daripada kamera utama dan telefoto yang sama dengan Xperia VI, iaitu:

  • Kamera utama 48MP f/1.9 dengan sensor Exmor T 1/1.35″
  • Kamera telefoto 12MP f/2.3-f/3.5 dengan jarak fokal 85mm-170mm, sensor Exmor RS 1/3.5″

Tetapi, apa yang baru adalah ia menggunakan kamera ultralebar 48MP f/2.0 dengan sensor Exmor RS 1/1.56″, naik taraf dari 12MP pada sebelumnya. Bukan setakat itu, sensor baru ini juga 2.1 kali lebih besar yang sepatutnya menawarkan prestasi malam lebih baik, dan kini menyokong tangkapan makro dengan jarak sedekat 5cm.

Untuk selfie, anda boleh temukan kamera depan 12MP f/2.0 sama seperti sebelumnya.

Dilengkapi Xperia Intelligence

Lagi perkara baru pada model kali ini adalah, ia didatangkan dengan Xperia Intelligence. Ia bukanlah ciri AI untuk produktiviti, sebaliknya membantu untuk meningkatkan keupayaan kamera, audio dan pengalaman menonton pengguna.

Telefon ini hadir dengan fungsi AI Camerawork yang mampu menstabilkan komposisi rakaman walaupun dalam keadaan bergerak, dan juga AI Auto Framing yang boleh menjejak subjek dan kekalkannya di tengah-tengah skrin secara automatik dengan memotong sebahagian daripada bingkai.

Selain itu, bahagian paparannya turut menampilkan “AI remastering technology” yang membantu dalam menghasilkan semula warna dan kontras dengan lebih tepat. Manakala, bahagian audio pula hadir dengan teknologi DSEE Ultimate berasaskan AI untuk meningkatkan kualiti bunyi penstriman dan speaker stereo juga telah ditambah baik untuk tawarkan bunyi lebih jelas merentasi pelbagai frekuensi.

Kemas kini OS lebih panjang

Sejurus keluar kotak, Xperia 1 VII akan menjalankan Android 15. Berbeza dengan Xperia 1 VI yang hanya menerima 3 kali kemas kini OS, Sony kini menjanjikan sokongan perisian yang lebih panjang untuk model baharu ini, iaitu empat kali kemas kini OS dan enam tahun kemas kini keselamatan

Sony Xperia 1 VII akan tiba di Malaysia pertengahan Julai 2025

Sony Malaysia telah mengesahkan Xperia 1 VII akan tiba ke pasaran Malaysia pertengahan Julai tahun ini. Ia tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan ungu.

Harga rasmi Xperia 1 VII untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun, di Singapura, peranti ini dilancarkan pada harga SGD1,989 (~RM6,600). Sebagai perbandingan, Xperia 1 VI sebelum ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM6,499.

Tags: SonySony Malaysiasony xperiaSony Xperia 1 VII
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP

Sony Xperia 1 VII kini rasmi dengan Snapdragon 8 Elite & kamera ultralebar baharu 48MP

13 May 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER