• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:17 pm
  • 14/05/2025
  • Komen
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon gaming GT mereka yang seterusnya, Infinix GT 30 Pro tidak lama lagi, pengganti kepada Infinix GT 20 Pro yang diperkenal Mei tahun lalu. Menariknya, pelancaran global pertama untuk model terbaharu ini akan diadakan di Malaysia, yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 21 Mei 2025.

Menurut Infinix, model telefon gaming baharu ini membawakan slogan “Carry Like A Pro” dan bakal tampil dengan spesifikasi bertaraf kompetitif dan reka bentuk unik. Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyokong industri e-sukan tempatan, Infinix sekali lagi tampil sebagai rakan rasmi permainan untuk MPL Malaysia Musim 15 dan 16.



Infinix GT 30 Pro akan diperkasa Dimensity 8350 5G

Bersama pengumuman ini, Infinix turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama yang bakal didukung GT 30 Pro akan datang. Antaranya, ia akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8350 5G, serta dilengkapi dengan sistem All Day Full FPS yang menurut Infinix akan memastikan prestasi permainan kekal lancar dan stabil sepanjang sesi gaming intensif.

Selain itu, peranti ini juga akan menggunakan paparan AMOLED dengan resolusi 1.5k dan kadar segar semula 144Hz, walaupun saiz paparannya masih belum didedahkan. Namun begitu, berkemungkinan ia akan mengekalkan saiz 6.78″ yang seperti yang digunakan pada Infinix GT 20 Pro.



Infinix GT 20 Pro

Infinix juga masih belum mendedahkan reka bentuk atau berkongsi sebarang imej teaser berkenaan GT 30 Pro. Tetapi dalam kenyataan yang sama, mereka ada menyatakan bahawa GT 30 Pro akan dilengkapi dengan lampu “RGB Mechanical Light Waves”, menunjukkan model baharu ini turut mengekalkan estetik unik seperti generasi sebelumnya.

Akan dilancar 21 Mei, boleh tonton secara langsung jam 3 petang

Buat masa ini, itu sahaja perkara yang dikongsikan Infinix berkenaan Infinix GT 30 Pro. Pastinya butiran lanjut berkaitan spesifikasi dan harga akan didedahkan pada pelancarannya. Sebagai rujukan anda, Infinix GT 20 Pro dilancarkan pada harga RM1,299 untuk RAM 12GB dan storan 256GB.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancaran Infinix GT 30 Pro yang akan diadakan pada minggu hadapan. Majlis pelancarannya akan berlangsung pada hari Rabu, 21 Mei pada jam 3 petang dan orang ramai boleh menontonnya secara langsung melalui laman media sosial Infinix di Facebook dan TikTok.

Tags: GT 30 ProInfinixInfinix GT 30 ProInfinix Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER