• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honda e:N1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM149,900

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:03 pm
  • 15/05/2025
  • Komen
Honda e:N1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM149,900
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir 6 bulan pertama kali dipamerkan di Malaysia di acara Kuala Lumpur International Mobilitiy Show, kini Honda e:N1 telah rasmi dilancarkan di Malaysia. SUV elektrik ini merupakan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya pertama daripada Honda Malaysia, dan secara asasnya adalah versi elektrik kepada Honda HR-V.

Harga Honda e:N1 di Malaysia

Honda e:N1 boleh didapati di Malaysia pada harga RM149,900 on-the road tanpa insurans. Sebagai perbandingan, harga e:N1 hanya RM8,000 lebih mahal berbanding model HR-V e:HEV RS.



EV baharu ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, biru, dan kelabu. Model berwarna biru didatangkan dengan kemasan dalaman berwarna kelabu, manakala dua lagi warna menampilkan kemasan dalaman berwarna hitam.

Honda e:N1 juga ditawarkan dengan waranti selama 8 tahun atau 160,000km bagi bateri voltan tinggi dan sistem pemanduan elektriknya. Untuk kenderaan, ia disertakan dengan waranti selama 3 tahun atau 100,000km.



Selain itu, e:N1 turut hadir dengan servis percuma sebanyak 4 kali, dalam tempoh 3 tahun atau 60,000km, mana-mana yang tiba terlebih dahulu. Namun, perlu diingat bahawa hanya 8 pengedar Honda terpilih di Semenanjung Malaysia yang dilantik untuk mengendalikan e:N1, termasuk urusan jualan dan selepas jualan. Ini termasuk:

  • Selangor – Accord Auto
  • Selangor – HZN Cars
  • KL – Peringgi Sri Motor
  • Selangor – Tiong Nam Motor
  • Perak – Ban Hoe Seng Auto
  • Penang – Vivahill Auto
  • Negeri Sembilan – Ban Lee Heng Motor
  • Johor – Kah Motor Co. (Tebrau)

e:N1 tersedia dalam unit terhad di Malaysia

Namun begitu, unit e:N1 untuk pasaran Malaysia diimport dari China dan hanya ditawarkan dalam jumlah unit yang terhad.

Sunita Prabhakaran, Naib Presiden Unit Perniagaan Jualan Honda Malaysia berkata, hanya “beberapa ratus” unit diperuntukkan untuk pasaran Malaysia, dan pihak mereka yakin model EV ini akan habis terjual dalam beberapa bulan akan datang. Beliau turut mengesahkan bahawa penghantaran pertama EV ini dijangka bermula pada pertengahan Jun.

Sementara itu, Presiden merangkap COO Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, memaklumkan bahawa hampir 200 tempahan telah diterima menjelang pelancaran rasmi hari ini.

Spesifikasi Honda e:N1 di Malaysia

Walaupun e:N1 nampak sangat mirip dengan generasi ketiga HR-V, Honda memaklumkan bahawa EV ini dibina berasaskan platform e:N Architecture F baharu, direka khas untuk model pacuan roda hadapan.

Dari segi saiz fizikal, e:N1 secara umumnya menyerupai Honda HR-V. SUV elektrik ini mempunyai berat 1,662kg, dengan dimensi panjang 4,380mm, lebar 1,790mm, tinggi 1,592mm, serta jarak roda sepanjang 2,610mm dan ruang but berkapasiti 344 liter.

EV ini dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 150kW (201hp) dan tork maksimum 310Nm. Dipadankan dengan bateri lithium-ion berkapasiti 68.8kWh, Honda mendakwa e:N1 mampu mencapai jarak kembaraehingga 500km mengikut piawaian NEDC, atau sekitar 425km berdasarkan WLTP

Apabila perlu dicas, e:N1 menyokong pengecasan DC pada paras 78kW yang mengambil masa 50 minit untuk isi 30% ke 80%. Manakala, arus AC pula boleh menerima pada paras 10kW dan mengambil masa 6 jam untuk isi dari 10% ke 80%.

Selain daripada menjadi kenderaan elektrik sepenuhnya, lagi perkara yang membezakan Honda e:N1 daripada HR-V ialah paparan digitalnya. Model e:N1 dilengkapi dengan kluster instrumen digital bersaiz 10.25-inci, bersama-sama dengan paparan infotainment 15.1-inci yang turut lengkap dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Honda Sensing turut hadir secara standard pada e:N1. Sistem bantuan pemandu (ADAS) pada EV ini merangkumi Adaptive Cruise Control dengan Low Speed Follow, Lane Keep Assist System, Forward Collision Warning dengan Collision Mitigation Braking System, dan banyak lagi.

Tags: EVhondaHonda e:N 1honda malaysiakenderaan elektrik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honda e:N1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM149,900

Honda e:N1 kini rasmi di Malaysia pada harga RM149,900

15 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER