• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:37 pm
  • 16/05/2025
  • Komen
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Realme hari ini mengumumkan ketibaan sebuah lagi telefon dalam siri Realme 14, iaitu Realme 14T 5G. Ia merupakan model keempat dan terakhir yang diperkenalkan dalam siri ini, selepas Realme 14x, Realme 14 5G, dan Realme 14 Pro 5G.

Model baru ini mengekalkan estetik serta beberapa spesifikasi yang sama dengan Realme 14x, tetapi tampil hadir dengan peningkatak ketara, termasuk skrin lebih baik, bateri lebih besar, tahap kalis air lebih baik dan sokongan pengecasan lebih pantas.



Harga dan ketersediaan Realme 14T di Malaysia

Kepada mereka yang berminat, Realme 14T boleh didapatkan di Malaysia sekarang melalui stor rasmi Realme di Lazada dan Shopee. Ia ditawarkan dalam satu varian dengan RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM999. Ada dua pilihan warna yang disediakan iaitu hitam dan ungu.

Sebagai promosi pembelian awal, pembeli juga akan menerima hadiah bernilai RM308, berupa sarung jari gaming, kaca pelindung skrin dan lanjutan satu tahun waranti. Tertakluk kepada siapa cepat dia dapat.



Sebagai perbandingan, walaupun Realme 14x ditawarkan pada harga permulaan lebih rendah RM899, Realme 14T sebenarnya lebih murah kalau dibandingkan dengan varian RAM 8GB dan storan 256GB Realme 14x yang berharga RM1,099.

Spesifikasi Realme 14T

Kuasa penggerak utama Raealme 14T adalah cip MediaTek Dimesity 6300 5G, iaitu cip yang sama diguna pakai pada Realme 14x. Bersama cip itu, Realme 14T dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Ia turut menyokong teknologi RAM maya, membolehkan kapasiti RAM diperluas sehingga 18GB.

Fungsi GT Boost turut disertakan pada telefon untuk memenuhi keperluan gaming. Dan, bagi memastikan prestasi penyejukan baik, Realme telah melengkapkan Realme 14T dengan sistem penyejukan Bionic Cooling, menapilkan Vapor Chamber bersaiz 1,700mm² diperbuat daripada bahan VC superkonduktif, didakwa Realme sesuatu yang jarang ditemui dalam kelas harganya.

Di bahagian muka, Realme 14T dikenakan dengan panel paparan 6.67-inci jenis AMOLED beresolusi HD Penuh dan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menyokong kecerahan puncak mencecah 2,000 nit, serta dikatakan Realme menggunakan teknologi PWM + DC Dimming yang menawarkan perlindungan mata terbaik, memastikan pengalaman tontonan yang selesa siang dan malam.

Untuk menangkap gambar, telefon ini didatangkan dengan dua kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera monokrom 2MP. Selfie pula boleh ditangkan menggunakan kamera depan 16MP.

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Realme 14T adalah sebesar 6,000mAh, boleh menawarkan masa gaming sehingga 11.5 jam dan penstriman video selama 17.2 jam. Jika bateri habis, ia boleh dicas pada kuasa 45W melalui USB-C, dan turut menyokong Bypass Charging.

Telefon turut memiliki tahap kalis air dan debu IP69, speaker stereo dan pengimbas cap jari dalam skrin. Sambungan wayarles yang boleh anda temukan pada telefon termasuk Bluetooth 5.3, 5G, NFC dan WiFi 5.

Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan sistem operasi Realme UI 6.0 berasaskan Android 15, yang turut hadir dengan beberapa fungsi AI termasuk AI Editor, AI Eraser dan AI Motion Deblur.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Realme 14T.

Tags: RealmeRealme 14TRealme Malaysiasiri realme 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER