• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:12 pm
  • 19/05/2025
  • Komen
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix sebelum ini mengumumkan GT 30 Pro bakal dilancarkan tak lama lagi. Kini, mereka turut memaklumkan bahawa terdapat satu lagi peranti yang akan dilancar bersama telefon gaming itu, iaitu tablet XPAD GT. Majlis pelancarannya dijadual berlangsung pada hari Rabu, 21 Mei 2025.

Jika dilancarkan nanti, ia merupakan tablet kedua Infinix, selepas XPAD yang sudah pun dilancarkan di Malaysia September lalu. Bagaimanapun, kelihatan model GT ini merupakan tablet gaming yang lebih mewah dengan spesifikasi lebih berkuasa, memandangkan beberapa spesifikasinya sudah pun didedahkan Infinix Malaysia.



XPAD GT akan guna cip Snapdragon 888

Dalam pengumuman sama, Infinix menyatakan bahawa tablet XPAD GT ini akan dikuasakan cip Snapdragon 888, iaitu cip flagship lama yang berusia hampir 5 tahun. Tablet ini juga akan didatangkan dengan paparan 13″ beresolusi 2.8k dengan kadar segar semula setinggi 144Hz, serta sistem audio 3D dengan lapan speaker.

Selain itu, tablet XPAD GT juga akan dilengkapi bateri 10,000mAh, pengecasan pantas 33W, serta sistem penyejukan cecair Vapor Chamber. Ia juga akan menyokong ciri-ciri pintar Infinix AI dengan Folax yang telah dioptimumkan untuk saiz skrin besar atau tablet buat pertama kalinya.



Setakat ini, itu sahaja maklumat yang dikongsikan oleh Infinix mengenai tablet XPAD GT. Namun begitu, Infinix turut memaklumkan bahawa pelancaran ini merupakan sebahagian daripada pengembangan barisan produk GT VERSE, yang mungkin akan merangkumi beberapa peranti lain seperti fon putik, powerbank, dan juga telefon GT 30 Pro.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan, nantikan hari pelancarannya yang akan diadakan dalam masa terdekat. Anda boleh saksikan majlis pelancarannya secara langsung laman media sosial Infinix di Facebook dan TikTok pada hari Rabu, 21 Mei pada jam 3 petang.

Tags: InfinixInfinix GT 30 ProInfinix MalaysiaInfinix XPAD GTtablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN