• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer perluas siri Aspire AI dengan pilihan cip Intel, AMD & Qualcomm

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:32 pm
  • 20/05/2025
  • Komen
Acer perluas siri Aspire AI dengan pilihan cip Intel, AMD & Qualcomm
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah mengemas kini laptop Aspire AI baharu, bersempena dengan acara Computex 2025 yang berlangsung di Taipei, Taiwan. Kali ini, terdapat enam model baharu diperkenalkan, terdiri daripada Aspire 14 AI dan Aspire 16 AI yang ditawarkan dengan tiga pilihan cip pemproses berbeza, Intel Core Ultra, AMD Ryzen AI dan Qualcomm Snapdragon X.

Laptop Aspire AI ini hadir dengan rekaan casis aluminium yang ringan, nipis dan tahan lasak. Ia juga dilengkapi engsel fleksibel 180°, yang membolehkan skrin dibuka rata atau dilaras mengikut sudut pandangan yang diperlukan.



Spesifikasi Aspire 14 AI & 16 AI baharu

Tersedia dalam dua saiz 16-inci dan 14-inci, Aspire AI dimuatkan dengan paparan OLED beresolusi WUXGA (1920×1200) atau WUXGA+ (2048×1280), bergantung pada model. Paparannya turut menyokong kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak sehingga 500 nits, cakupan warna 100% DCI-P3, dan boleh didapati dalam pilihan peka sentuhan.

Setiap laptop juga diberikan RAM LPDDR5X sebesar 32GB, storan PCIe Gen 4 berkapasiti 1TB, serta menyokong sambungan wayarles terkini termasuk WiFi 7 dan Bluetooth 5.4. Turut disediakan ialah dua port USB-C dengan sokongan Thunderbolt 4, dua port USB-A, HDMI 2.1, dan slot kad mikroSD.



Macam yang dikatakan tadi, laptop Aspire AI ini tersedia dalam tiga pilihan cip pemproses, sama ada Intel, AMD atau Qualcomm. Untuk Intel, ia boleh didapatkan dalam empat pilihan cip pemproses, sama ada Intel Core Ultra 5 226V, Core Ultra 5228V, Core Ultra 7 256V, dan Core Ultra 7 258V. Ia juga datang dengan GPU Intel Arc terbina.

Sementara itu, model AMD pula ditawarkan dalam dua pilihan cip, iaitu AMD Ryzen AI 7 350 atau Ryzen AI 5 340, dipadankan dengan grafik terbina AMD Radeon. Bagi model yang dijana cip Qualcomm pula, ia akan menggunaka pakai cip pemproses Snapdragon X.

Merentasi model, semula laptop Aspire AI ini dilengkapi bateri berkapasiti 65Whr. Namun begitu, jangka hayat ditawarkan berbeza, bergantung kepada jenis cip pemproses yang digunakan. Menurut Acer, Aspire 14 AI yang dikuasakan cip Snapdragon X mampu bertahan sehingga 28 jam dengan satu cas penuh.

Harga dan ketersediaan Acer Aspire AI baharu

Dari segi harga dan ketersediaan, model Aspire AI 14-inci dengan cip Snapdragon X akan tiba di pasaran Eropah bermula Jun dengan harga EUR 899 (~RM4,342), manakala model 14-inci berasaskan cip Intel dan AMD akan menyusul pada bulan Julai dengan harga EUR 999 (~RM4,825).

Model Aspire AI 16-inci akan muncul di pasaran Eropah pada Julai dengan harga bermula EUR 999 (~RM4,825), manakala model dikuasakan cip Intel dan AMD akan tiba pada pulan Ogos pada harga bermula EUR 1,099 (~RM5,308).

Buat masa ini, belum ada maklumat rasmi mengenai pelancarannya di Malaysia. Namun, melihat kepada kemunculan model Aspire 14 AI ke pasaran Malaysia sebelum ini, tidak mustahil model baharu ini juga akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Tags: AcerAcer Aspire 16 AIAcer Aspire AIAspire 14 AIAspire 16 AIAspire AIlaptop
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Acer perluas siri Aspire AI dengan pilihan cip Intel, AMD & Qualcomm

Acer perluas siri Aspire AI dengan pilihan cip Intel, AMD & Qualcomm

20 May 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER