• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer FreeSense Ring, cincin pintar dengan fungsi pemantauan kesihatan & kalis air IP68/5ATM

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:17 am
  • 21/05/2025
  • Komen
Acer FreeSense Ring, cincin pintar dengan fungsi pemantauan kesihatan & kalis air IP68/5ATM
Share on FacebookShare on Twitter

Acer, melalui anak syarikatnya, Acer Gadget telah memperkenalkan inovasi terbaru dalam kategori peranti boleh pakai sempena dengan Computex 2025. Peranti tersebut adalah Acer FreeSense Ring, iaitu sebuah cincin pintar untuk pemantauan kesihatan, yang mungkin adalah jawapan Acer kepada Samsung Galaxy Ring.

Menurut Acer, Acer FreeSense Ring menggabungkan reka bentuk sofistikated dengan teknologi biometrik canggih untuk menyokong pemantauan kesihatan harian.



FreeSense Ring tawar pelbagai ciri penjejakan kesihatan

Antara ciri pemantauan kesihatan yang ditawarkan pada FreeSense Ring ini termasuk kadar degupan jantung, variabiliti kadar jantung, paras oksigen dalam darah dan kualiti tidur. Data yang dikumpul kemudian akan dianalisis menggunakan aplikasi telefon pintar, dan aplikasi akan menghasilkan pandangan kesihatan peribadi dan memberikan cadangan gaya hidup untuk meningkatkan kesejahteraan pengguna.

Ciri pemantauan tidur pada cincin ini turut menampilkan analisis tahap atau peringkat tidur dan pemantauan berterusan, yang menyokong pengguna untuk lebih peka terhadap kesihatan mereka. Selain itu, Acer turut menyatakan pengguna memiliki akses penuh kepada semua data kesihatan tanpa sebarang yuran langganan.



Daripada segi rekaan, cincin pintar ini diperbuat daripada aloi titanium ultra ringan, dengan ketebalan hanya 2.6mm dan berat sekitar 2-3 gram. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu hitam dengan kemasan berkliat dan emas dengan kemasan matte. Cincin ini juga tersedia dalam beberapa saiz, dari 7 ke 13 dan diiktiraf kalis air IP68 dan 5ATM.

Maklumat ketersediaan dan harga masih belum diumumkan

Namun begitu, Acer masih belum memberikan maklumat tentang ketersediaan dan harga cincin Acer FreeSense Ring ini. Apa pun, ia akan dipamerkan di acara Computex 2025 yang berlangsung di Taipei, Taiwan, dan kami pastinya akan melihatnya dengan lebih dekat di sana nanti.

Tags: AcerAcer FreeSense Ringcincin pintar AcerFreeSense Ring
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Acer FreeSense Ring, cincin pintar dengan fungsi pemantauan kesihatan & kalis air IP68/5ATM

Acer FreeSense Ring, cincin pintar dengan fungsi pemantauan kesihatan & kalis air IP68/5ATM

21 May 2025
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER