• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Anker

Anker lancar Eufy Robot Vacuum Omni E25 & Soundcore Liberty 5 di Malaysia, dari RM359

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:32 pm
  • 27/05/2025
  • Komen
Anker lancar Eufy Robot Vacuum Omni E25 & Soundcore Liberty 5 di Malaysia, dari RM359
Share on FacebookShare on Twitter

Anker kini memperluaskan penawaran produk rumah pintar dan audio mereka di Malaysia, dengan pelancaran Eufy Robot Vacuum Omni E25 serta fon putik baharu, Soundcore Liberty 5. Pelancaran ini juga menandakan kemunculan pertama robot vakum Anker di pasaran tempatan, manakala Soundcore Liberty 5 pula hadir sebagai pengganti kepada Liberty 4.

Harga Eufy Robot Vacuum Omni E25 & Soundcore Liberty 5 di Malaysia

Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan produk baharu ini, kedua-dua Robot Vacuum Omni E25 dam fon putik Soundcore Liberty 5 boleh didapatkan di Malaysia bermula hari ini, dengan masing-masing pada harga RM3,699 dan RM359.



Tetapi, dari sekarang hingga 19 Jun 2025, Anker turut menawarkannya promosi pembelian awal, membolehkan kedua-dua produk didapatkan pada harga lebih murah, dengan Robot Vacuum Omni E25 berharga RM2,699, manakala Soundcore Liberty 5 berharga RM329.

Spesifikasi Eufy Robot Vacuum Omni E25

Salah satu keunikan Eufy Robot Vacuum Omni E25 ini adalah, ia didatangkan dengan sistem mop yang dipanggil sebagai HydroJet Mopping System. Ia menggunakan tekanan 15N, putaran mop sepantas 180 RPM dan roller mop selebar 288mm untuk memastikan pembersihan lantai lebih menyeluruh dan konsisten.



Sistem ini digabungkan dengan teknologi Turbo Suction 20,000Pa yang memberikan kuasa sedutan tinggi untuk mengangkat habuk, rambut dan kotoran dengan mudah. Untuk mengelakkan masalah rambut tersangkut, ia turut dilengkapi berus DuoSpiral Anti-Tangle, manakala berus CornerRover Side Brush pula membantu membersihkan bahagian tepi dan bucu ruang.

Untuk navigasi pintar, Omni E25 dilengkapi AI.See™ Obstacle Avoidance, sistem pengecaman berasaskan algoritma dan kamera RGB yang mampu mengenal pasti lebih 200 jenis objek di rumah, termasuk mainan, kabel, stokin, malah haiwan peliharaan dan anak kecil. Terdapat juga lampu LED terbina bagi membantu pengecaman dalam keadaan malap.

Turut disertakan adalah All-in-One Station yang boleh menguruskan segalanya secara automatik, daripada mengosongkan habuk, mencuci dan mengeringkan mop, iinggalah mengisi air dan menambah bahan pencuci. Ini membolehkan pengguna untuk nikmati sehingga 68 hari penggunaan tanpa perlu mengenadalikan vakum.

Dalam pada itu, robot vakum ini turut hadir dengan sokongan kawalan suara Amazon Alexa dan Google Assistant.

Soundcore Liberty 5

Beralih kepada fon putik Soundcore Liberty 5, ia hadir dengan sistem pembatalan hingar adaptif ANC 3.0 yang kini dua kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Sistem ANC-nya mampu untuk melaraskan bunyi hingar setiap 0.3 saat secara automatik, bergantung pada persekitaran semasa pemakai. Terdapat juga mod khas untuk mengurangkan bunyi angin.

Audio fon putik dikeluarkan oleh pemacu bersaiz 9.2mm dengan komponen khas yang diperbuat daripada “wool paper”, yang dikatakan dapat meningkatkan kejelasan pada frekuensi pertengahan dan tinggi. Seterusnya, ia menggunakan reka bentuk dwi-saluran yang dikatakan bantu untuk menghasilkan bunyi bass yang lebih berdentum.

Selain itu, fon putik ini turut menyokong audio berdefinisi tinggi melalui sambungan LDAC,serta Dolby 3D Audio untuk pengalaman bunyi yang lebih imersif, lengkap dengan tiga mod audio yang boleh disesuaikan mengikut citarasa pengguna. Ia juga dilengkapi enam mikrofon, fungsi pengesanan pemakaian automatik, sambungan Bluetooth 5.4, serta keleruhan pakej diiktiraf kalis percikan air dan debu IP55.

Berkenaan hayat bateri, Liberty 5 menawarkan masa penggunaan sehingga 12 jam pada fon putik, manakala sehingga 48 jam dengan bekas pengecas. Sekiranya bateri habis, pengecasan pantas 10 minit dikatakan boleh menyediakan masa main sehingga 5 jam.

Soundcore Liberty 5 tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, putih, merah jambu dan emas.

Tags: ankerEufyEufy Robot Vacuum Omni E25SoundcoreSoundcore Libery 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Anker lancar Eufy Robot Vacuum Omni E25 & Soundcore Liberty 5 di Malaysia, dari RM359

Anker lancar Eufy Robot Vacuum Omni E25 & Soundcore Liberty 5 di Malaysia, dari RM359

27 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER