• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB catat prestasi stabil Q1 2025, tekankan sokongan digitalisasi & komuniti Malaysia

  • OLEH SoyaCincau BM
  • 7:09 pm
  • 28/05/2025
  • Komen
TNB catat prestasi stabil Q1 2025, tekankan sokongan digitalisasi & komuniti Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan laporan prestasi operasi dan kewangan bagi suku pertama tahun 2025, yang menekankan kestabilan pencapaian syarikat, meskipun berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu.

TNB melaporkan bahawa permintaan elektrik kekal stabil sepanjang suku pertama tahun ini, disokong oleh pertumbuhan ekonomi domestik yang berterusan. Sektor komersial mencatat peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 5.1%, terutamanya didorong pertambahan pusat data di Malaysia.



Setakat suku pertama tahun ini, TNB telah menyambungkan bekalan tenaga kepada 21 pusat data dan menandatangani 43 perjanjian bekalan, dengan jumlah beban tenaga mencecah sekitar 6.4GW.  Perkembangan ini memperlihatkan peranan penting TNB dalam menyokong transformasi digital dan pembangunan industri negara.

Selain itu, nilai Ringgit yang mengukuh berbanding Dolar AS dari RM4.73 (Mac 2024) ke RM4.44 (Mac 2025) turut membantu mengurangkan tekanan kos bahan api dan perbelanjaan modal, seterusnya menyumbang kepada keuntungan pertukaran asing yang positif.



“Fokus TNB kekal kukuh untuk mengekalkan prestasi yang stabil sambil mencipta nilai jangka panjang kepada para pemegang saham,“ kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Selain usaha dalam negara, TNB turut memaklumkan bahawa mereka sedang menjalankan projek solar hijau di Eastfields dan Bunkers Hill, UK yang dijangka siap pada suku kedua 2025. Ini adalah sebahagian strategi jangka panjang TNB untuk raih pulangan dalam mata wang asing dan sokong usaha peralihan tenaga global.

TNB menegaskan pulangan dan pengetahuan yang diperoleh daripada inisiatif antarabangsa ini memperkukuh kekuatan kewangan dan strategi tenaga boleh baharu domestik mereka.

Syarikat tenaga tersebut turut menegaskan komitmen mereka untuk membantu komuniti. Sepanjang suku pertama 2025, lebih RM45 juta telah disalurkan bagi menyokong program sosial, pendidikan, alam sekitar dan sukan, menggunakan 1% daripada keuntungan selepas cukai.

Antaranya, lebih RM36 juta disalurkan melalui UNITEN dan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelajar di seluruh negara. Program Ceria ke Sekolah pula menyediakan bantuan berjumlah RM1 juta kepada 8,000 kanak-kanak kurang bernasib baik. Sempena Ramadan, sekitar RM1.5 juta turut diagihkan bagi membantu lebih 50,000 individu melalui bantuan makanan dan pelbagai program komuniti.

Sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan komuniti, TNB memaklumkan bahawa Program Sekolah Angkat kini telah diperluaskan ke 50 buah sekolah di seluruh negara, dengan pelaburan sekitar RM2.3 juta. Program ini merangkumi pelbagai inisiatif yang memfokuskan kepada sokongan akademik, pembelajaran digital, serta penambahbaikan infrastruktur dan aktiviti kokurikulum.

Antara inisiatif yang terlibat termasuk Confirm AI bersama UNITEN, TNB Thunderbolts, PINTAR TNB dengan kerjasama Yayasan Pintar, serta Sekolah Angkat MADANI.

Melalui laporan ini, TNB mahu membuktikan bahawa mereka bukan sahaja syarikat pengeluar tenaga, tetapi juga pemacu pembangunan sosial dan ekonomi negara yang komited membina masa depan Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pengumuman rasmi TNB.

SoyaCincau BM

SoyaCincau BM

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
TNB catat prestasi stabil Q1 2025, tekankan sokongan digitalisasi & komuniti Malaysia

TNB catat prestasi stabil Q1 2025, tekankan sokongan digitalisasi & komuniti Malaysia

28 May 2025
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER