• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

WhatsApp akhirnya tiba di iPad, ini semua ciri menarik yang boleh anda guna

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:22 pm
  • 28/05/2025
  • Komen
WhatsApp akhirnya tiba di iPad, ini semua ciri menarik yang boleh anda guna
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu ciri WhatsApp yang paling dinantikan akhirnya telah tiba. Setelah dikesan diuji dalam versi beta dua tahun lalu, kini WhatsApp telah mengumumkan bahawa aplikasi mereka kini tersedia untuk iPad. Bermula hari ini, pengguna iPad boleh memuat turun aplikasi WhatsApp melalui Apple App Store dan nikmati pengalaman WhatsApp pada skrin yang lebih besar.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan di blog mereka, aplikasi untuk iPad ini menyokong panggilan video dan suara berkumpulan sehingga 32 orang, perkongsian skrin semasa panggilan, serta penggunaan kamera hadapan dan belakang. Ia juga serasi digunakan dengan papan kekunci Magic Keyboard dan pen stailus Apple Pencil.



Dalam pada itu, aplikasi ini turut dioptimumkan untuk ciri multitugas iPadOS seperti Stage Manager, Split View dan Slide Over, membolehkan pengguna membuka beberapa aplikasi serentak Contohnya, pengguna boleh layari laman web sambil menghantar mesej, atau membuat carian sewaktu panggilan video.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa ciri Stage Manager hanya disokong pada model iPad tertentu. Ini termasuk iPad Pro dengan cip M4, iPad Pro 12.9-inci (generasi ke-3 dan ke atas), iPad Pro 11-inci (generasi pertama dan ke atas), serta iPad Air (generasi ke-5 dan ke atas termasuk model iPad Air 11-inci dan 13-inci berasaskan cip M2).



Sama seperti versi telefon pintar, WhatsApp untuk iPad turut menyokong teknologi multi-peranti yang memastikan chat, media dan panggilan anda diselaraskan merentasi iPhone, Mac dan peranti lain yang dipautkan. Semua chat juga dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung (end-to-end encryption).

Tambahan pula, bagi pengguna yang berkongsi iPad dengan keluarga, ciri “Chat Lock” membolehkan anda kunci chat tertentu untuk privasi yang lebih baik.

WhatsApp mengatakan ini adalah permulaan untuk aplikasi WhatsApp di iPad, dan mengalu-alukan maklum balas dari pengguna.

[Sumber: WhatsApp]

Tags: Aplikasi WhatsApp iPadappleipadipad Airipad proipadostabletwhatsapp
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
WhatsApp akhirnya tiba di iPad, ini semua ciri menarik yang boleh anda guna

WhatsApp akhirnya tiba di iPad, ini semua ciri menarik yang boleh anda guna

28 May 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER