• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

EVC beri petunjuk ada sesuatu ‘elektrik’ bakal tiba di KL, stesen pengecas JomCharge baru?

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:58 pm
  • 04/06/2025
  • Komen
EVC beri petunjuk ada sesuatu ‘elektrik’ bakal tiba di KL, stesen pengecas JomCharge baru?
Share on FacebookShare on Twitter

EV Connection (EVC) telah memuat naik satu teaser misteri yang memberi bayangan bahawa sesuatu berkaitan ‘elektrik’ sedang dirancang di Kuala Lumpur. Tiada banyak maklumat dikongsi, cuma petunjuk bahawa apa yang dirancang atau ‘dibrew’ bukan sekadar tentang kopi, tetapi juga melibatkan pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Daripada apa yang ditunjukkan, kelihatan ia adalah pelancaran pengecas JomCharge baharu di sekitar Kuala Lumpur.



Menerusi video teaser tersebut, ia memaparkan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan menunjukkan beberapa lokasi seperti Segambut, Seputeh, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Setiawangsa, Batu, Bukit Bintang dan Wangsa Maju. Besar kemungkinan ini adalah lokasi pengecas EV baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Memandangkan teaser itu ada menyebut tentang kopi, ada kemungkinan besar pengecas JomCharge baharu ini akan dipasang berhampiran atau melalui kerjasama dengan kedai kopi.



EV Connection juga telah memuat naik satu lagi teaser di story Facebook yang menunjukkan pengecas AC dan DC yang dibalut. Kelihatan terdapat juga tiang yang berkemungkinan akan menempatkan terminal pembayaran tanpa sentuh, yang akan disediakan di stesen pengecas EV ini.

Penambahan stesen pengecasan baru ini dijangka akan memperkukuh infrastruktur EV di Malaysia sekaligus menawarkan kemudahan yang lebih baik kepada pemilik EV. Jika ditempatkan di lokasi yang strategik, pemilik EV boleh mengecas EV mereka sambil melakukan aktiviti lain seperti ke bank, membeli-belah, atau singgah makan dan minum kopi.

Pengecas DC JomCharge 100kW di McDonald Pantai Sentral

Bergantung pada output kuasa, pengecasan pantas selama 15 minit boleh menambah jarak pemanduan sekitar 100km. Diharapkan lokasi pengecasan EV ini akan dilengkapi banyak ruang pengecasan dengan sistem caj tambahan bagik enderaan yang masih menyambung pengecas selepas bateri penuh, supaya lebih ramai pengguna dapat menggunakan kemudahan ini.

Dua Pengecas DC JomCharge 45kW di McDonald Setia Alam

Awal tahun lalu, JomCharge telah memasang beberapa pengecas DC di McDonald terpilih. Ini termasuk pengecas DC 100kW di Pantai Sentral Park dan dua pengecas DC 45kW di Setia Alam. Pada mulanya, caj pengecasan hanya RM1.00 per kWh, tetapi kini telah dinaikkan kepada RM1.50 per kWh.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: EVEV ConnectionevcJomChargekenderaan elektrikPengecas DC
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

EVC beri petunjuk ada sesuatu ‘elektrik’ bakal tiba di KL, stesen pengecas JomCharge baru?

EVC beri petunjuk ada sesuatu ‘elektrik’ bakal tiba di KL, stesen pengecas JomCharge baru?

4 June 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN