• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (3) akan dilancar pada 2 Julai, tiada lagi lampu Glyph?

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:30 pm
  • 04/06/2025
  • Komen
Nothing Phone (3) akan dilancar pada 2 Julai, tiada lagi lampu Glyph?
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing kini telah mengesahkan tarikh pelancaran bagi telefon flaghsip mereka yang seterusnya, iaitu Nothing Phone (3). Menurut kenyataan rasmi Nothing, Phone 3 akan dilancarkan pada 2 Julai 2025, pukul 1 pagi waktu Malaysia. Majlis pelancaran ini berlangsung di peringkat antarabangsa, dan ia adalah tepat dua tahun selepas Phone (2) diperkenalkan pada bulan Julai 2023.

Namun begitu, Nothing masih mengumumkan sebarang maklumat tentang ketersediaan telefon ini di pasaran tempatan. Melihat pada pelancaran sebelum ini, berkemungkinan ia akan memasuki Malaysia beberapa hari selepas pelancaran antarabangsanya. Seperti biasa, Nothing turut membuka pendaftaran minat untuk Phone (3) melalui laman web Nothing.



Lampu Glyph akan digantikan dengan paparan dot Matrix?

Selain daripada mendedahkan tarikh pelancaran, Nothing turut berkongsi beberapa teaser awal untuk peranti flagship mereka yang seterusnya. Menerusi hantaran di platform X, Nothing memuat naik video teaser dengan kelipan lampu yang menyerupai paparan dot matrix di ROG Phone 9, memberi petanda ia mungkin keunikan utama pada model kali ini.

Come to Play.

Phone (3). 1 July, 18:00 BST. pic.twitter.com/9afIpKao1s

— Nothing (@nothing) June 3, 2025

Dalam hantaran lain, Nothing turut menyatakan bahawa mereka telah menyingkirkan sistem lampu Glyph, ciri ikonik yang digunakan pada Phone (1) dan Phone (2). Hantaran itu turut disertakan dengan video pendek yang menunjukkan lampu Glyp perlahan-lahan hilang. Ini mungkin mencadangkan paparan dot matrix akan menggantikan sistem lampu Glyph untuk flagship Nothing akan datang.



Adalah menarik untuk lihat bagaimana Nothing akan menggunakan elemen paparan dot matrix ini pada panel belakang, memandangkan identiti rekaan mereka sebelum ini sangat sinonim dengan panel lut sinar.

Nothing Phone 3 akan berharga sekitar EUR800

iykyk pic.twitter.com/BGkd9CtaPn

— Nothing (@nothing) May 13, 2025

Walaupun masih awal dari tarikh pelancarannya, CEO Nothing, Carl Pei ada memberikan bayangan awal bahawa Phone (3) mungkin akan dijual pada harga sekitar EUR800 (~RM3,872). Ini merupakan peningkatan yang agak ketara berbanding Phone 2, yang dilancarkan di Malaysia pada harga RM2,999 untuk storan 256GB dan RM3,499 untuk storan 512GB.

Kenaikan harga ini berkemungkinan disebabkan oleh peningkatan spesifikasi yang dijangka hadir pada Phone (3). Dalam pembentangan Android Show I/O Edition baru-baru ini, Carl Pei menyatakan bahawa Phone (3) merupakan telefon flagship sebenar pertama mereka, dan ia akan tampil dengan bahan binaan premium, serta menerima penambahbaikan dari segi prestasi dan perisian.

Berdasarkan laporan Android Central, Phone (3) mungkin akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite, tetapan tiga kamera bertaraf flagship yang salah satunya adalah kamera periskop, serta datang dengan bateri berkapasiti lebih besar dari 5,000mAh yang ditawarkan pada telefon Nothing dan CMF yang lain.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman rasmi dari Nothing.

Tags: NothingNothing MalaysiaNothing Phone 3Phone 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nothing Phone (3) akan dilancar pada 2 Julai, tiada lagi lampu Glyph?

Nothing Phone (3) akan dilancar pada 2 Julai, tiada lagi lampu Glyph?

4 June 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER