• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:00 pm
  • 04/06/2025
  • Komen
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

CelcomDigi telah mengemas kini penawaran pelan prabayar mereka dengan memperkenalkan dua pelan baharu, Prepaid 5G NX dan Prepaid 5G UV. Pelan NX dan UV baharu ini menggantikan pelan prabayar 5G CelcomDigi Edisi Biru dan Edisi Kuning sebelum ini, yang diperkenal pada Februari tahun lalu.

Walaupun dengan nama baru, pelan prabayar NX dan UV ini tampil dengan penawaran data yang serupa, dengan pelan prabayar NX menawarkan internet berkelajuan tinggi dengan kuota, manakala UV pula menawarkan internet tanpa had. Namun begitu, pelan berasaskan kuota kini diberikan data lebih banyak pada harga sama bermula RM25/bulan, dan pelan tanpa had pula kini ada had FUP lebih tinggi sehingga 200GB.



Pelan Prepaid 5G NX

Bermula dengan pelan prabayar NX, ia secara asasnya adalah sama dengan pelan Prepaid 5G Edisi Kuning terdahulu. Ia ditawarkan dalam dua pelan, iaitu Prepaid 5G NX 25 dan Prepaid 5G NX 35.

Sama seperti sebelumnya, pelan prabayar NX 25 berharga RM25/bulan, dan ia datang bersama kuota internet berkelajuan tinggi 4G/5G sebanyak 40GB pada kelajuan 100Mbps dan panggilan tanpa had, tetapi kuota hotspot kini dikongsi dengan kuota utama.



Manakala, pelan prabayar NX 35 pula menawarkan kuota internet 100GB dengan kelajuan 100Mbps, panggilan tanpa had dan kuota hotspot dikongsi dengan kuota utama, pada harga RM35/bulan. Kedua-dua pelan NX juga mempunyai tempoh sah selama 30 hari.

Pelan Prepaid 5G UV

Pelan prabayar UV pula adalah pengganti kepada prabayar Edisi Biru, yang menyediakan internet tanpa had. Ia juga hadir dalam dua pelan Prepaid 5G UV 30 dan Prepaid 5G UV 40.

Pelan termurah adalah Prepaid 5G UV 30 yang berharga RM30/bulan. Ia memberikan data internet dan Hotspot tanpa had 4G/5G dengan kelajuan dihadkan pada 18Mbps, tetapi terdapat had FUP internet sebanyak 100GB. Panggilan tanpa had turut disertakan.

Pelan kedua, Prepaid 5G UV 40 turut didatangkan dengan internet dan hotspot tanpa had, tetapi dengan kelajuan lebih pantas 24Mbps dan had FUP lebih tinggi 200GB. Pengguna juga boleh nikmati panggilan tanpa had. Namun, tempoh sah bagi kedua-dua pelan prabayar UV 30 dan UV 40 sedikit lebih pendek 28 hari.

Sekiranya anda berminat, pelanggan baharu boleh mendaftar pelan prabayar NX dan UV di mana-mana CelcomDigi Store, Celcom bluecube, Digi Store, atau melalui rakan niaga sah CelcomDig. Bagi pengguna prabayar sedia ada, pelan ini boleh dilanggan terus melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Prepaid 5G NX dan Prepaid 5G UX.

Tags: celcomCelcomDigiCelcomDigi Prepaid 5G NXCelcomDigi Prepaid 5G UVdigiprabayarPrabayar NXPrabayar UV
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER