• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 26 kini rasmi: Antara muka Liquid Glass baru dan boleh tapis panggilan

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:32 am
  • 10/06/2025
  • Komen
iOS 26 kini rasmi: Antara muka Liquid Glass baru dan boleh tapis panggilan
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara WWDC 2025 yang baru sahaja melabuhkan tirai, Apple telah mengumumkan sistem operasi iPhone mereka yang seterusnya, iaitu iOS 26. Ya, sistem operasi terbaharu ini dipanggil iOS 26 dan bukannya iOS 19, berkemungkinan untuk selarikan dengan tahun 2026.

Menurut Apple, kemas kini utama pada sistem operasi iOS kali ini membawakan rekaan antaramuka yang lebih segar, pengalaman lebih pintar dan penambahbaikan pada aplikasi pengguna yang digunakan setiap hari.



Rekaan UI Liquid Glass baru

Antara perubahan terbesar dalam iOS 26 adalah rekaan antaramuka serba baharu yang dikenali sebagai Liquid Glass, diinspirasi daripada Vision OS. Walaupun masih mengekalkan identiti iOS yang dikenali ramai, rekaan kali ini hadir dengan elemen lut sinar yang memantulkan dan membias persekitaran antaramuka, menjadikannya kelihatan lebih hidup dan ekspresif.

Kesan ini terutamanya boleh dilihat pada bahagian control centre, navigasi, ikon aplikasi, widget, Home Screen serta Lock Screen.



Di Lock Screen, nombor jam akan dilaraskan secara automatik ikut kedudukan objek dalam gambar latar. Kalau anda guna wallpaper dengan kesan spatial, anda akan nampak kesan 3D yang bergerak ikut pergerakan iPhone, buatkan skrin nampak lebih imersif. Aplikasi Camera juga kini tampil dengan antaramuka lebih ringkas dan mudah digunakan, manakala bahagian Library dan Collections pada aplikasi Photos sudah diasingkan untuk pengalaman yang lebih teratur.

Bukan setakat itu, halaman web di Safari kini dipaparkan secara penuh dari atas hingga bawah skrin membolehkan pengguna melihat lebih banyak kandungan laman web sambil masih ada akses pada bahagian refresh dan carian. Turut diperbaharui adalah aplikasi Apple Music, News dan Podcasts yang kini hadir dengan bar navigasi terapung, ia akan mengecil secara automatik ketika anda melayari kandungan, dan muncul semula apabila anda skrol ke atas,

Apple Intelligence lebih berkuasa

Apple juga meningkatkan pengalaman Apple Intelligence dalam iOS 26 dengan lebih banyak ciri baharu. Antara ciri baharu yang diperkenalkan:

  • Live Translation: Terjemah teks dan audio secara langsung dalam Messages, FaceTime, dan Phone, semuanya dilakukan on-device atau dalam peranti.
  • Visual Intelligence: Kenal pasti perkara di skrin, sama ada nak cari info lanjut, kenal pasti tarikh acara atau tambah ke kalendar dengan satu sentuhan.
  • Genmoji & Image Playground: Gabungkan emoji dan deskripsi untuk cipta emoji atau imej tersuai, sesuai untuk ekspresi kreatif dalam chat.
  • Shortcuts: Lebih bijak dengan cadangan aksi berdasarkan konteks semasa.
  • Order Tracking: AI akan automatik kenal pasti butiran penghantaran dari emel dan susun semuanya dalam satu paparan ringkas.

Tambahan pula, Apple juga memperkenalkan Foundation Models Framework, yang membolehkan mana-mana pembangun perisian mengakses terus model asas pada peranti yang menjadi teras kepada Apple Intelligence.

Ciri baru pada aplikasi Phone & Messages

Aplikasi Phone kini hadir dengan susun atur baharu yang lebih kemas dan seragam, menggabungkan Favorites, Recents, dan Voicemails dalam satu paparan. Lebih menarik lagi, Apple turut memperkenalkan dua ciri baharu yang direka untuk mengurangkan gangguan semasa menerima panggilan iaitu Call Screening dan Live Voicemail.

Call Screening berfungsi dengan menapis panggilan daripada nombor tak dikenali, dan beri maklumat kepada anda untuk tentukan sama ada nak jawab atau tidak. Sementara itu, Hold Assist pula akan membantu anda memberi respons apabila anda berada dalam ‘on hold’.

Selain aplikasi Phone, aplikasi Messages juga menerima beberapa fungsi baharu, dan ini termasuk kebolehkan untuk tapis mesej dari nombor tidak dikenali yang akan dimasukkan dalam folder khas, cipta poll dalam group chat, guna background tersuai yang dihasilkan menerusi Image Playground, hantar atau minta Apple Cash, serta terdapat indikator siapa yang sedang menaip dalam group chat.

Fungsi CarPlay dipertingkatkan

Dalam iOS 26, CarPlay turut menerima kemas kini besar. Paparan panggilan kini lebih kompak supaya tidak mengganggu navigasi. Pengguna juga boleh hantar Tapbacks, pin perbualan dalam Messages, serta mengikuti perkembangan semasa menerusi Live Activities dan widget terus dari skrin kereta. Kemas kini ini turut dibawakan pada CarPlay Ultra, yang menawarkan pengalaman dan ekosistem lebih menyeluruh.

Apple Music, Maps dan Wallet turut dinaik taraf

Dalam Apple Music, pengguna kini boleh:

  • Gunakan Lyrics Translation untuk faham lirik lagu bahasa lain
  • Aktifkan Lyrics Pronunciation untuk nyanyi bersama dengan lebih mudah.
  • Gunakan AutoMix, fungsi seperti DJ yang melancarkan transisi antara lagu menggunakan “beat matching”.

Apple Maps pula hadir dengan ciri Visited Places, iaitu senaraikan lokasi yang anda lawati (contoh restoran atau kedai) dengan data disimpan secara selamat menggunakan penyulitan hujung ke hujung. Maps juga kini lebih bijak kenal pasti laluan harian anda dan boleh beri cadangan bila terdapat kesesakan.

Dalam Wallet, Apple memperkenalkan:

  • Bayaran ansuran atau ganjaran dalam pembelian Apple Pay.
  • Boarding pass interaktif – ada Live Activities untuk maklumat penerbangan semasa, navigasi lapangan terbang dan akses pantas ke Find My untuk jejak beg.

Apple Games, AirPods & ciri tambahan

iOS 26 juga memperkenalkan Apple Games, aplikasi baharu untuk anda mengurus dan akses semua permainan, termasuk Apple Arcade.

AirPods juga dikatakan Apple kini lebih serba boleh, terutamanya AirPods 4, AirPods 4 ANC dan AirPods Pro 2 yang ditambah dengan ciri baharu “studio-quality audio recording” untuk rakaman dan panggilan yang lebih jelas menggunakan iPhone, iPad atau Mac. Malah, anda juga boleh gunakan AirPods sebagai alat kawalan jauh untuk ambil gambar atau mula/hentikan rakaman video dengan tekan pada stem.

Untuk ibu bapa, Child Accounts kini lebih mudah diurus dan ada kawalan yang lebih menyeluruh. Anda boleh meluluskan permintaan kenalan anak, menapis kandungan sensitif dalam panggilan FaceTime dan album yang kongsi, serta mengawal muat turun aplikasi di App Store dengan lebih fleksibel.

iPhone yang sokong iOS 26

Daripada segi keserasian, iOS 26 disokong untuk model iPhone 11 dan ke atas, menyingkirkan iPhone XS, iPhone XR, iPhone SE generasi ke-2. Namun, fitur Apple Intelligence hanya disokong untuk model iPhone 16, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

iOS 26 kini boleh diakses menerusi Apple Developer Program bermula hari ini, dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh. Versi beta awamnya akan dikeluarkan pada bulan Ogos menerusi laman beta Apple.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari kenyataan rasmi Apple.

Tags: appleiOS 26WWDC 2025
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iOS 26 kini rasmi: Antara muka Liquid Glass baru dan boleh tapis panggilan

iOS 26 kini rasmi: Antara muka Liquid Glass baru dan boleh tapis panggilan

10 June 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER