• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:39 pm
  • 13/06/2025
  • Komen
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia telah mengumumkan telefon pintar terbaru dalam siri X, iaitu Honor X6c. Ia adalah kemas kini daripada Honor X6b tahun lepas dan model lebih mampu milik berbanding X7c yang baru sahaja diumumkan hujung tahun lalu. Honor X6c dinaik taraf dengan skrin lebih pantas dan juga fungsi AI lebih banyak.

Harga dan ketersediaan Honor X6c di Malaysia

Honor X6c ditawarkan dalam satu varian dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Honor X6c (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM599

Jika berminat, Honor X6c boleh dibeli sekarang menerusi stor Honor Experience di seluruh Malaysia, atau stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee. Anda boleh dapatkan telefon ini dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Spesifikasi Honor X6c

Dari segi rekaan, Honor X6c mengekalkan reka bentuk yang tidak jauh berbeza dengan X6b. Malah, ia juga masih menerima pengesahan lima-bintang oleh SGS untuk binaan teguh, mampu tahan jatuh setinggi 1.5 meter, serta memiliki penarafan IP64 bagi perlindungan terhadap percikan air dan debu.



Di bahagian depan, saiz skrin Honor X6c kini lebih besar 6.61″ jenis LCD beresolusi HD 720p dengan lubang di atas skrin menggantikan takuk pada model terdahulu. Ia juga lebih pantas menyokong kadar segar semula 120Hz dan lebih cerah dengan kecerahan puncak setinggi 1,010 nits.

Skrinnya juga dilengkap dengan teknologi Honor Eye Comfort yang membantu mengurangkan keletihan mata pengguna. Lubang di atas juga boleh diperbesar untuk paparkan notifikasi dengan lagi menarik melalui ciri Magic Capsule. Untuk tangkap gambar, lubang tersebut menempatkan kamera selfie 5MP f/2.2.

Pengimejan di belakang pula menampilkan kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera depth, sama seperti sebelumnya. Kapasiti baterinya sedikit lebih besar, 5,300mAh tetapi pengecasan masih kekal sama pada paras 35W, yang menurut Honor mampu mengecas telefon ke 18% dalam masa 10 minit.

Yang menariknya, Honor kini menyertakan butang AI Instant Button yang boleh disesuaikan untuk melancarkan aplikasi atau fungsi tertentu dengan lebih pantas. Menekan lama butang AI Button pula akan melancarkan Google Lens, membolehkan pengguna menggunakan kamera untuk terjemah atau mencari maklumat yang terus daripada apa yang terdapat dalam bingkai.

Bukan setakat itu, Honor X6c turut lengkap dengan ciri penyuntingan foto AI seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Beauty. Atas papan utama, telefon ini diperkasa cip MediaTek Helio G81 Ultra dengan kombinasi RAM 8GB dan storan 256GB. Sejurus keluar kotak, ia akan menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor X6b.

Tags: honorhonor malaysiaHonor X6c
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER