• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:39 am
  • 20/06/2025
  • Komen
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah melancarkan tablet mampu milik terbaharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Pad 2. Tablet ini didatangkan dengan skrin besar, bateri besar serta sokongan 4G LTE pada harga bawah RM1,000.

Harga Redmi Pad 2 di Malaysia

Redmi Pad 2 akan mula dijual di Malaysia pada 20 Jun, dan ia ditawarkan dalam dua varian sama ada WiFi dan 4G LTE. Berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia;



Redmi Pad 2 (WiFi)

  • 4GB+128GB (eksklusif online) – RM599 (Promosi pembelian awal sehingga 30 Jun: RM559)
  • 8GB+256GB – RM799

Redmi Pad 2 4G



  • 4GB+128GB – RM699
  • 8GB+256GB – RM999

Kalau berminat, anda boleh dapatkan Redmi Pad 2 melalui stor fizikal Xiaomi di seluruh negara, atau dalam talian melalui mi.com atau stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Redmi Pad 2 (WiFi)

  • Shopee
  • Lazada

Redmi Pad 2 4G

  • Shopee
  • Lazada

Lebih manis, dari 20 Jun hingga 30 Jun, Xiaomi turut menyertakan pembelian dengan hadiah percuma. Untuk pembelian di stor fizikal Xiaomi, pembelian akan disertakan dengan sarung tablet, manakala pembelian dalam platform dalam talian pula akan diberikan dengan sarung dan juga gelang pintar Xiaomi Smart Band 9 Active.

Tetapi untuk model WiFi, sarung tablet memang diberikan secara standard.

Spesifikasi Redmi Pad 2

Redmi Pad 2 adalah tablet bersaiz 11″. Ia menggunakan skrin IPS LCD dengan resolusi 2.5K (2560×1600) yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Skrinnya juga agak cerah, boleh mencecah 600 nits dalam mod luar dihidupkan. Badan tablet pula diperbuat daripada aluminium.

Atas papan utama, tablet ini dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultra yang dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Kapasiti bateri yang dilengkapkan pada tablet adalah sebesar 9,000mAh dan ia boleh dicas pada kuasa 18W melalui USB-C.

Bahagian pengimejan tablet terdiri daripada kamera belakang 8MP f/2.0 dan kamera depan 5MP f/2.2. Daripada segi ketersambungan, tablet menyokong WiFi 5, Bluetooth 5.3 dan 4G LTE untuk model Redmi Pad 2 4G.

Bunyi tablet dikeluarkan oleh empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos dan tablet juga memiliki jek audio 3.5mm bagi keperluan sambungan audio berwayar. Sejurus keluar kotak, Redmi Pad 2 akan menjalankan sistem operasi HyperOS 2 berasaskan Android 15.

Model WiFi Redmi Pad 2 tersedia dalam warna kelabu, hijau dan ungu, manakala model 4G pula ditawarkan hanya dua warna hijau dan kelabu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Redmi Pad 2.

Tags: RedmiRedmi Pad 2tabletxiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER