• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay lancar promosi DuitNow QR untuk pelancong China

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:22 pm
  • 25/06/2025
  • Komen
PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay lancar promosi DuitNow QR untuk pelancong China
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk memacu perbelanjaan pelancong dari China dan rantau Asia di seluruh Malaysia, Payment Network Malaysia (PayNet) telah bekerjasama dengan Alipay+ dan Weixin Pay (juga dikenali sebagai WeChat Pay).

Sempena cuti musim panas yang akan tiba, Alipay+ dan Weixin Pay akan melancarkan kempen khas bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan perbelanjaan rentas sempadan melalui ekosistem DuitNow QR dan menjadikan kunjungan ke Malaysia lebih mudah dan berbaloi untuk para pelancong.



Melalui integrasi pembayaran rentas sempadan sedia ada, pelancong yang menggunakan AlipayCN, Weixin Pay atau mana-mana dompet digital rakan Alipay+ boleh membuat pembayaran hanya dengan mengimbas kod DuitNow QR di lebih 2.5 juta peniaga di Malaysia.

Selain menjadikan kunjungan pelancong lebih lancar, inisiatif ini turut meningkatkan keterlihatan peniaga, serta membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk menarik lebih banyak perbelanjaan dari pelancong.



Ketika ini, Alipay+ membolehkan 15 aplikasi pembayaran antarabangsa digunakan di Malaysia, termasuk Alipay untuk pelancong dari China. Menurut PayNet, ketika musim kemuncak pelancongan Disember 2024, perniagaan tempatan mencatat peningkatan hasil sebanyak enam kali ganda melalui transaksi DuitNow QR yang dibuat menggunakan Alipay+.

Gary Yeoh, Ketua Pegawai Pemasaran, PayNet berkata, “Ini yang dimaksudkan dengan pelancongan pintar, lancar untuk pelancong dan transformatif untuk PMKS kita. Dengan membolehkan pelancong menggunakan dompet digital tempatan mereka melalui DuitNow QR, kita membuka akses kepada lebih 2.5 juta perniagaan di Malaysia, yang kebanyakan berskala kecil dan milik keluarga, kepada kuasa beli global. Ini adalah penyelesaian digital yang memberi impak ekonomi yang nyata.”

Promosi untuk pengguna AliPay dan Weixin Pay

PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay akan melancarkan tiga kempen khas di antara bulan Jun hingga September 2025, iaitu:

Alipay+

1. Cabutan Bertuah: Menangi Pengalaman Bola Sepak Liga Perdana Inggeris (EPL)

  • Dari 26 Jun hingga 14 Julai, pelancong dari China dan rantau Asia 1 yang berbelanja di peniaga DuitNow QR melalui AlipayCN dan aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+ berpeluang memenangi percutian percuma ke Hong Kong untuk menyaksikan perlawanan Arsenal vs Tottenham Hotspur.
  • Dua pemenang, bersama seorang tetamu masing- masing, akan menerima tiket untuk perlawanan pada 31 Julai, tiket penerbangan pergi balik dan penginapan mewah tiga hari dua malam.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila rujuk aplikasi AlipayCN atau aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+. Tertakluk kepada terma dan syarat.

2. Belanja dan Jimat: Makan, Main & Jimat

  • Bermula dari 15 Jun hingga 30 September, pengguna AlipayCN dan aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+ boleh menikmati diskaun menarik semasa mereka meneroka pelbagai sajian makanan dan tarikan pelancongan di Malaysia.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila rujuk aplikasi AlipayCN atau aplikasi pembayaran rakan kongsi Alipay+. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Weixian Pay

Kumpul Lencana, Dapat Ganjaran

  • Dari 15 Julai hingga 31 September, pengguna Weixin Pay boleh menikmati pengalaman interaktif yang menyeronokkan melalui kempen pengumpulan lencana. Dengan setiap transaksi DuitNow QR, pengguna akan memperoleh lencana unik bertemakan budaya Malaysia yang boleh ditebus kepada kupon diskaun.
  • Selain kempen ini, pengguna Weixin Pay juga dapat menikmati kadar tukaran wang asing istimewa sepanjang tahun apabila membuat pembelian melalui DuitNow QR di Malaysia.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila rujuk Weixin Mini Program (微信支付全球有礼). Tertakluk kepada terma dan syarat.
    Tags: Alipayalipay+PayNetWechat PayWeixin Pay
    Putra Aziz

    Putra Aziz

    POPULAR

    PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay lancar promosi DuitNow QR untuk pelancong China

    PayNet, Alipay+ dan Weixin Pay lancar promosi DuitNow QR untuk pelancong China

    25 June 2025
    Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

    Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

    7 July 2025
    AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

    AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

    28 May 2025
    TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

    TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

    19 August 2024
    iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

    iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

    3 July 2025
    Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

    Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

    21 June 2025

    Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
    Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

    • URUSAN PENGIKLANAN
    • DISCLAIMER

    Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

    • URUSAN PENGIKLANAN
    • DISCLAIMER