• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Render Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 tersebar, ada rekaan lebih nipis dan skrin luar penuh

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:28 pm
  • 30/06/2025
  • Komen
Render Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 tersebar, ada rekaan lebih nipis dan skrin luar penuh
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang acara Galaxy Unpacked yang akan berlangsung tidak lama lagi, kini lebih banyak maklumat mengenai Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 muncul dalam talian. Pembocor terkenal Evan Blass atau juga dikenali sebagai EVLeaks di X, telah berkongsi beberapa imej render yang memperlihatkan kedua-dua telefon lipat generasi baharu Samsung.

Rekaan Galaxy Z Fold 7 nampak lebih nipis

Berdasarkan imej yang dikongsikan, ia memperlihatkan hanya satu model Galaxy Z Fold 7 yang tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu biru, perak dan hitam. Rekaannya dilihat tidak banyak berubah berbanding Galaxy Z Fold 6. Tetapi, lebih banyak imej yang muncul kini memperlihatkan Z Fold 7 mungkin hadir dengan badan yang lebih nipis.



Melalui imej di atas, Galaxy Z Fold 7 dilihat menampilkan rekaan sisi yang sedikit lebih nipis berbanding Z Fold 6, namun tidaklah senipis seperti Oppo Find N5. Seperti sebelum ini, butang kuasa dan butang kelantangan audio masih ditempatkan di bahagian kadan peranti, dengan modul kamera masih bulat dan terbonjol terkeluar.

Sebagai perbandingan, Galaxy Z Fold 6 memiliki ketebalan 12.1mm dalam keadaan dilipat dan 5.6mm apabila lipatan dibuka. Buat masa ini, Oppo Find N5 adalah telefon lipat gaya buku paling nipis, dengan hanya berukuran 8.93mm apabila dilipat.



Walau bagaimanapun, takhta tersebut mungkin akan dirampas tidak lama lagi setelah Honor berkongsikan bahawa Honor Magic V5 akan datang telah berjaya mencatat rekod sebagai telefon lipat ternipis, berukuran hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat.

Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip 7 FE

Sementara itu, bagi Galaxy Z Flip 7, imej render yang dikongsi memperlihatkan Galaxy Z Flip 7 mungkin tampil dalam dua varian. Satu Galaxy Z Flip 7 yang hadir dalam tiga warna iaitu merah, hitam dan biru, dan satu lagi adalah Galaxy Z Flip 7 FE lebih mampu milik, hadir dalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Perbezaan antara dua peranti boleh dilihat pada bahagian skrin luaran, di mana model Galaxy Z Flip 7 memiliki skrin penuh dari hujung ke hujung, manakala model FE menggunakan skrin yang sama seperti Galaxy Z Flip 6 sedia ada.

Selain daripada skrin luaran, kelihatan dimensi kedua-dua telefon dijangka masih kekal sama. Malah, imej render terkini dari sisi yang lebih dekat juga menunjukkan kerangka Galaxy Z Flip 7 masih kekal sama dengan generasi telefon lipat Samsung sekarang. Untuk perbandingan, Galaxy Z Flip 6 berukuran 14.9mm dalam keadaan dilipat dan 6.9mm apabila lipatan dibuka.

Segala persoalan ini akan terjawab tidak lama lagi, kerana barisan Galaxy Z Fold 7 dan Galaxy Z Flip akan dilancarkan pada 9 Julai sewaktu acara Galaxy Unpakced. Ia akan berlangsung pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Selain telefon lipat, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan barisan jam terbaharu, iaitu Galaxy Watch 8, Galaxy Watch 8 Classic dan Watch Ultra tahun 2025.

Baucar Reservation+ untuk siri Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7

Sekiranya anda terlepas, Samsung Malaysia kini sedang mengadakan promosi awal melalui Samsung Reservation+ di mana anda boleh tebus ebaucar bernilai RM210 hanya dengan bayar RM10. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendaftar minat dan mendapatkan ebaucar bernilai RM50 untuk pembelian peranti Galaxy seterusnya, dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM62,000.

Tempahan awal untuk Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 dijangka akan bermula pada jam 10 malam dari 9 Julai hingga 31 Julai 2025.

[Sumber: evleaks]

Tags: galaxy unpackedsamsungSamsung Galaxy Z Flip 7Samsung Galaxy Z Fold 7
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Render Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 tersebar, ada rekaan lebih nipis dan skrin luar penuh

Render Galaxy Z Fold 7 dan Flip 7 tersebar, ada rekaan lebih nipis dan skrin luar penuh

30 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER