• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix umum tablet XPAD 20 akan dilancar 8 Julai ini, harga terdedah sebelum pelancaran

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:01 pm
  • 01/07/2025
  • Komen
Infinix umum tablet XPAD 20 akan dilancar 8 Julai ini, harga terdedah sebelum pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix mula memasuki pasaran tablet dengan pelancaran tablet pertama mereka XPAD tahun lepas. Ia kemudian diikuti dengan tablet gaming XPAD GT sekitar Mei lalu. Kini, Infinix mengumumkan bakal melancarkan sebuah lagi tablet iaitu XPAD 20 yang dijadual tiba di pasaran Malaysia pada 8 Julai 2025.

Kelihatan ia adalah pengganti kepada XPAD yang memfokuskan tablet 4G mampu milik, tetapi hadir dengan rekaan baharu serta dilengkapi dengan beberapa fungsi AI baharu, melalui ciri Infinix AI.



Menurut Infinix, tablet XPAD 20 akan menampilkan pembantu suara AI terbina yang dikuasakan DeepSeek-R1, membolehkan pengguna mengawal peranti, mengurus tugasan dan mendapatkan maklumat secara “hands-free”. Ia turut dilengkapi fungsi AI Screen Recognition, membenarkan pengguna untuk mengekstrak kandungan pada skrin memudahkan nota, rujukan dan pembelajaran digital.

Bukan itu sahaja, tablet ini turut menyokong ciri AI Translation yang menawarkan terjemahan masa nyata, termasuk teks pada imej, dokumen digital dan juga perbualan secara langsung. Selain daripada fungsi AI, melalui imej yang disertakan, kelihatan XPAD 20 akan didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, ungu dan hijau.



Spesifikasi Infinix XPAD 20

Infinix XPAD 20

Dalam pengumuman yang sama, Infinix turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama yang bakal didukung XPAD 20. Antaranya ia akan dilengkapi paparan bersaiz 11 inci beresolusi FHD+ 1200×1920 dan kadar segar semula 90Hz, sokongan 4G LTE dengan dua slot kad SIM, serta kebolehan untuk menambah storan melalui kad mikroSD sehingga 1TB.

Butiran lain mengenai spesifikasi tidak pula didedahkan Infinix Malaysia. Tetapi memandangkan tablet ini telah pun muncul di pasaran antarabangsa, kita boleh jangkakan yang XPAD 20 akan diperkasa cip MediaTek Helio G88 dengan RAM sehingga 8GB dan storan seluas 256GB, bateri 7,000mAh dengan sokongan pengecasan 10W, serta kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP.

Infinix XPAD

Melihat kepada spesifikasi untuk pasaran antarabangsa, XPAD 20 tidak banyak berubah berbanding model XPAD sebelumnya. Malah, terdapat sedikit turun taraf pada spesifikasinya. Sebagai perbandingan, XPAD diperkasa cip Helio G99, skrin LCD 11″ FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, kamera depan dan belakang 8MP, bateri 7,000mAh, serta pengecasan 18W melalui USB-C.

Harga Infinix XPAD 20 bawah RM600?

Walau bagaimanapun, nampaknya spesifikasi yang akan ditawarkan di pasaran tempatan sememangnya sama seperti pasaran global, berdasarkan penyenaraian oleh peruncit tempatan. Penyenaraian itu bukan sahaja mendedahkan spesifikasi penuh, tetapi juga harga jualan XPAD 20 di Malaysia.

Melalui tinjauan di laman web DirectD, XPAD 20 disenaraikan pada harga RM599 untuk varian RAM 6GB dan storan 128GB, manakala varian RAM 8GB dan storan 256GB pula berharga RM799. Jika betul, ini menjadikan XPAD 20 lebih murah dari XPAD sebelum ini, yang dijual dengan harga bermula RM699.

Selain itu, pembelian juga disertakan dengan sarung tablet secara percuma untuk kedua-dua varian, tetapi model 256GB didatangkan dengan tambahan papan kekunci secara percuma.

Tentang ketersediaan, tentunya XPAD 20 akan tersedia secara meluas sebaik sahaja pelancaran rasminya di Malaysia. Jadi, jika anda berminat untuk mendapatkan XPAD 20, nantikan pelancarannya yang akan berlangsung pada hari Selasa, 8 Julai 2025.

Tags: InfinixInfinix MalaysiatabletxpadXPAD 20
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Infinix umum tablet XPAD 20 akan dilancar 8 Julai ini, harga terdedah sebelum pelancaran

Infinix umum tablet XPAD 20 akan dilancar 8 Julai ini, harga terdedah sebelum pelancaran

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER