• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V5 diumum, telefon lipat ternipis dunia berkuasa Snapdragon 8 Elite & kalis air IP59

  • OLEH Putra Aziz
  • 11:51 pm
  • 02/07/2025
  • Komen
Honor Magic V5 diumum, telefon lipat ternipis dunia berkuasa Snapdragon 8 Elite & kalis air IP59
Share on FacebookShare on Twitter

Umum diketahui Honor akan hadir dengan sebuah lagi telefon lipat terbaharu, Honor Magic V5. Honor Malaysia turut menguar-uarkan bahawa ia berjaya mencatat rekod sebagai telefon boleh lipat ternipis, berukuran hanya 8.8mm apabila dalam keadaan dilipat.

Kini dalam satu acara berlangsung di China, Honor telah rasmi melancarkan Honor Magic V5. Selain daripada rekaan lebih nipis, model baharu ini turut membawakan banyak peningkatan pada perkakasan dalaman termasuk cip, bateri, serta ketahanan dan tahap kalis air lebih baik.



Telefon lipat ternipis di dunia pada ketika ini

Macam yang didedahkan sebelum ini, Magic V5 mempunyai ketebalan hanya 8.8mm dalam keadaan dilipat, dan 4.1mm apabila lipatannya dibuka. Ini lantas menjadikannya sebagai telefon lipatan gaya buku ternipis, mengalahkan telefon ternipis sebelum ini Oppo Find N5 yang berukuran 8.93mm dalam keadaan dilipat dan 4.21mm dengan lipatan dibuka.

Namun, perlu diambil maklum bahawa dimensi itu hanya terpakai untuk varian berwarna putih Magic V5, manakala varian berwarna emas, coklat dan hitam pula memiliki dimensi sedikit lebih tebal pada 9mm dalam keadaan dilipat, dan 4.2mm apabila lipatan dibuka. Pun begitu, ia masih lebih nipis berbanding Magic V3 yang memiliki ketebalan 9.2mm dalam keadaan dilipat dan 4.35mm lipatan dibuka.



Berat Magic V5juga berkurangan kepada 217g dari 226g untuk model berwarna putih, manakala warna lain memiliki berat 222g.

Daripada segi ketahanan, Magic V5 kini hadir dengan engsel “Super Steel Hinge” baharu yang dikatakan engsel teringan dengan bahan terkuat dalam industri. Tetapi sama seperti sebelum ini, kitaran lipatan masih kekal sama pada 500,000 kali. Tahap kekalisan turut dinaik taraf kepada IP58/IP59 dari IPX8, dan panel belakang menampilkan bahan gentian karbon yang lebih teguh.

Skrin lebih cerah, prestasi lebih berkuasa

Saiz skrin luaran masih kekal sama, berukuran 6.43″ jenis LTPO OLED dengan resolusi 2352×2172 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Tapi, kecerahan puncak kini lebih tinggi mencecah 5,000 nits. Untuk skrin dalaman pula, ia bersaiz 7.95″ juga jenis LTPO OLED dengan kadar segar semula dan kecerahan puncak yang sama, tapi pada resolusi 2367×1060.

Kedua-dua paparan juga kini lebih tahan lasak, dengan skrin luarannya dilapisi dengan kaca NanoCrystalSheild, manakala skrin dalaman pula menampilkan gabungan komponen seperti salutan “Alumina” tahan calar, lapisan gentian fiber serta cecair Non-Newtonian bagi menyerap hentakan dengan lebih baik.

Atas papan utama, Magic V5 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 512GB. Walaupun lebih nipis, Magic V5 kini dimuatkan dengan bateri lebih besar berkapasiti 6,100mAh, peningkatan besar dari 5,150mAh di Magic V3. Pengecasan masih kekal sama menyokong SuperCharge 66W dan wayarles 50W.

Sistem kamera dipertingkat

Bahagian kamera belakang masih menampilkan tetapan trikamera, tetapi dengan sensor yang kini lebih baik. Magic V5 menerima kamera utama 50MP f/1.6 dengan OIS, kamera telefoto periskop 64MP f/2.5 yang sokong OIS dan zum digital sehingga 100x, serta kamera ultralebar 50MP. Untuk ambil gambar selfie, terdapat kamera depan 20MP.

Honor harga Magic V5 di China

Di China, Honor Magic V5 ditawarkan dalam tiga konfigurasi, sama ada RAM 12GB dan storan 256GB, RAM 16GB dan storan 512GB atau RAM 16GB dan storan 1TB. Harga jualannya bermula dari RMB 8,999 (~RM5,309) hingga RMB 10,999 (~RM6,489).

Meskipun masih belum ada tarikh pelancaran global mahupun Malaysia, anda boleh jangkakan Magic V5 akan tiba ke pasaran Malaysia tidak lama lagi setelah ia diumumkan oleh Honor sebelum ini.

Tags: honorHonor Magic V5Magic V5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor Magic V5 diumum, telefon lipat ternipis dunia berkuasa Snapdragon 8 Elite & kalis air IP59

Honor Magic V5 diumum, telefon lipat ternipis dunia berkuasa Snapdragon 8 Elite & kalis air IP59

2 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER