Sekiranya anda mahu perbaharui insurans, ada tawaran menarik sedang berlangsung yang mungkin anda tak mahu terlepas. PolicyStreet kini menjalankan kempen “Cash Kembali”, menawarkan kredit TNG eWallet bernilai RM100 kepada pelanggan yang perbaharui insurans kereta melalui platform PolicyStreet.
Bagi yang tidak tahu, PolicyStreet adalah syarikat teknologi insurans yang ditubuhkan pada tahun 2017, dan turut menerima pelaburan daripada Khazanah pada bulan Jun 2023.
Melalui kempen ini, PolicyStreet menyediakan kredit berjumlah RM100,000 untuk dimenangi pengguna, bermakna ia cukup untuk ditebus 1,000 buah kereta. Pelanggan akan menerima PIN tambah nilai TNG eWallet bernilai RM100 dalam masa 30 hari melalui e-mel, selepas memperbaharui insurans kereta dengan PolicyStreet.

PolicyStreet turut menjelaskan bahawa kredit percuma tersebut akan diberikan bagi setiap kenderaan, dan bukan terhad kepada setiap individu. Contohnya, jika anda memperbaharui insurans untuk kedua-dua kereta anda melalui PolicyStreet, anda akan menerima dua PIN tambah nilai TNG eWallet.
Dalam masa sama, pelanggan juga boleh menggunakan kod promo untuk mendapatkan diskaun semasa memperbaharui insurans kereta, tanpa jejaskan kelayakan untuk menerima PIN kredit TNG eWallet percuma. Kempen “Cash Kembali” ini akan berlangsung bermula hari ini, sehinggalah kredit habis ditebus.
Jika berminat, anda boleh perbaharui insurans kereta anda di PolicyStreet melalui pautan ini.