• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok Shop lanjut tempoh Pemulangan Percuma kepada 30 hari untuk produk Mall

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:28 pm
  • 09/07/2025
  • Komen
TikTok Shop lanjut tempoh Pemulangan Percuma kepada 30 hari untuk produk Mall
Share on FacebookShare on Twitter

Platform e-dagang TikTok, iaitu TikTok Shop kini telah melanjutkan tempoh bagi Polisi Pemulangan Percuma dari 15 hari kepada 30 hari. Polisi baru ini telah mula dilaksanakan sejak awal Jun 2025, dan ia terpakai khusus untuk produk berjenama autentik yang ditanda dengan lencana ‘Mall’.

Dengan polisi baru ini, pembeli kini mempunyai masa lebih panjang, sehingga 30 hari dari tarikh penerimaan untuk membuat permintaan pemulangan jika ada sebarang isu dengan barangan yang diterima. Permintaan pemulangan boleh dibuat melalui Halaman Pesanan dalam aplikasi.



@tiktokshop_my

Hei korang! Pernah tak beli barang tapi rasa macam nak tukar atau pulangkan semula? Jangan risau, kami sedia membantu! 🤩 🔄 Nak Return atau Exchange? Senang Giler! ✅ Percuma! Tak perlu bayar apa-apa, semua proses F.O.C!!! ✅ Mudah & Cepat! Tak perlu tunggu lama, urusan selesai dengan pantas and senang. Kami pastikan pengalaman shopping korang 100% puas hati! 😍#TikTokShopBazaarRamadan #TikTokShopMy

♬ original sound – tiktokshop_my 🇲🇾 – tiktokshop_my 🇲🇾

TikTok Shop mengatakan Polisi Pemulangan Percuma 30 hari baru ini direka untuk mewujudkan pengalaman selepas jualan yang adil bagi pembeli serta penjual. Ia melindungi penjual daripada tingkah laku penipuan dengan membolehkan penjual untuk menolak permintaan pemulangan jika keadaan produk tidak memuaskan.

Selain itu, TikTok shop turut menyatakan bahawa mereka akan menanggung kos penghantaran pemulangan atas sebab ‘Tidak Lagi Diperlukan’, memberikan lebih keyakinan kepada pembeli tanpa membebankan penjual.



Pemulangan 30 hari tersedia untuk pelbagai jenama

Pengguna boleh menikmati Pemulangan Percuma 30 hari untuk ribuan produk berjenama tempatan dan antarabangsa. Ini termasuk jenama seperti Clef Beauty, Dododots, Christy Ng, Bonia, Elgini, Lancôme, Pensonic, Puma, Johnson’s Baby, OGAWA dan banyak lagi.

Pembeli juga boleh mengenal pasti jenama yang terlibat dengan lebih mudah melalui lencana rasmi ‘Mall’ yang dipapar sebelah tajuk produk.

Pengarah Kerjasama Strategik, TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, “Keyakinan pengguna merupakan asas sebuah ekosistem e-dagang yang dinamik dan
mampan, dan kami komited untuk terus meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian buat komuniti kami. Polisi Pemulangan Percuma 30 Hari yang dipertingkatkan ini akan memberikan lebih jaminan kepada pembeli sambil memacu pertumbuhan jenama dan pencipta afiliasi”.

“Kajian kami menunjukkan, ketenangan fikiran berkait rapat dengan tabiat pembelian yang lebih kukuh bagi lebih 80% pengguna. Dengan memanfaatkan polisi Pemulangan Percuma 30 Hari dan Jaminan Ketulenan 100% yang ketat oleh TikTok Shop Mall, jenama-jenama serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan akan dapat membina kredibiliti, mempercepat kadar penukaran jualan, serta menggalakkan pembelian berulang,” tambah beliau.

Tags: TikTokTikTok ShopTikTok Shop Mall
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

TikTok Shop lanjut tempoh Pemulangan Percuma kepada 30 hari untuk produk Mall

TikTok Shop lanjut tempoh Pemulangan Percuma kepada 30 hari untuk produk Mall

9 July 2025
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN