• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Watch 8 & Watch 8 Classic: Jam pintar pertama ada Gemini terbina & Indeks Antioksidan

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:58 am
  • 10/07/2025
  • Komen
Galaxy Watch 8 & Watch 8 Classic: Jam pintar pertama ada Gemini terbina & Indeks Antioksidan
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan Galaxy Z Fold 7, Flip 7 dan Flip 7 FE, dalam acara Galaxy Unpacked 2025 yang baru sahaja melabuhkan tirai, Samsung turut mengumumkan barisan jam pintar terbaharu mereka, iaitu Galaxy Watch 8, Watch 8 Classic dan model Watch Ultra baharu tahun 2025.

Siri Galaxy Watch 8 bukan sahaja hadir dengan rekaan baharu yang menyerupai Watch Ultra, malah ia juga menjadi jam pintar pertama yang dilengkapi dengan Indeks Antioksidan.



Rekaan Watch 8 lebih nipis dan selesa dipakai

Galaxy Watch 8 tampil dengan rekaan yang lebih minimal dan moden, malah ia 11% lebih nipis berbanding Galaxy Watch 7 tahun lepas. Menurut Samsung, pengurangan saiz ini dapat dicapai dengan mereka bentuk semula bahagian dalaman dengan menggunakan papan litar “single-sided PCB” yang baharu.

Selain itu, sistem Dynamic Lug juga telah dikemas kini untuk memberikan keselesaan dan kestabilan yang lebih baik berbanding sebelum ini.



Merentasi barisan Galaxy Watch baharu ini, semuanya hadir dengan sensor BioActive yang lebih canggih untuk penjejakan kesihatan lebih mendalam dan tepat. Skrinnya kini 50% lebih cerah dengan kecerahan puncak 3,000 nits. Ia masih menggunakan skrin Super AMOLED dengan fungsi AOD dan dijana cip Exynos W100 3nm dengan RAM 2GB dan storan dalaman 32GB.

Samsung turut memuatkan bateri 8% lebih besar, yang sepatutnya cukup untuk kegunaan lebih daripada sehari. Galaxy Watch 8 versi 44mm hadir dengan bateri berkapasiti 435mAh, manakala versi 40mm pula dilengkapi bateri 325mAh.

Semua model baharu, termasuk Galaxy Watch Ultra, kini menggunakan rekaan sama yang dikenali sebagai “Distinctive Cushion Design”. Dengan langah ini, kelihatan seperti Samsung ingin menjadikan rekaan bentuk petak-bulat (squircle) sebagai identiti baharu jam tangan pintar mereka.

Model Classic kini kembali dengan bezel boleh putar

Untuk generasi ke-8 ini, Samsung akhirnya membawa semula bezel boleh putar yang ikonik menerusi model Galaxy Watch 8 Classic, selepas ia tidak disertakan pada generasi sebelumnya. Jam ini masih ditawarkan dalam satu saiz sahaja, iaitu 46mm, dan kini turut dilengkapi butang Quick Button seperti yang terdapat pada model Ultra.

Model Classic terbaru ini turut datang dengan skrin Super AMOLED yang menyokong AOD, dan dikuasakan cip sama Exynos W1000 3nm tapi dengan storan dua kali ganda lebih besar pada 64GB. Kapasiti bateri Watch 8 Classic juga sedikit lebih besar dari Watch 8, iaitu 445mAh.

Boleh ukur tahap karotenoid dalam kulit

Menariknya, Samsung turut memperkenalkan ciri baharu Indeks Antioksidan, pertama seumpamanya pada jam pintar. Ia membolehkan pengguna untuk mengukur tahap karotenoid dalam badan dengan hanya meletakkan jari pada sensor di belakang jam. Menurut Samsung, indeks ini memberikan gambaran sama ada anda sedang menua dengan sihat atau tidak, kerana faktor seperti merokok, tekanan dan pemakanan tidak seimbang boleh menurunkan paras karotenoid anda.

Turut diperkenalkan ialah Vascular Load, yang boleh mengukur tekanan terhadap sistem kardiovaskular anda, lengkap dengan ciri Amaran Tekanan Tinggi (High Stress Alert). Penjejakan tidur juga ditambah baik, dengan analisis tidur selama 3 hari dan coaching tidur yang lebih pintar.

Untuk ketahanan, Galaxy Watch 8 dan Watch 8 Classic dilengkapi penarafan 5ATM dan IP68 untuk kalis air dan habuk, serta pensijilan ketenteraan MIL-STD-810H. Ia bukan sahaja serasi dengan telefon pintar Samsung, tetapi juga boleh digunakan dengan peranti Android versi 12.0 dan ke atas.

Lengkap dengan Gemini terbina, WearOS 6

Samsung menyatakan bahawa siri Galaxy Watch 8 adalah jam tangan pintar pertama yang hadir dengan Gemini terbina, hasil kolaborasi bersama Google. Ini membolehkan pengguna menggunakan arahan suara semula jadi untuk mengawal aplikasi seperti Samsung Health, Calendar, Reminder dan Clock, semuanya terus dari pergelangan tangan, tanpa sentuh skrin.

Dengan menggunakan Wear OS 6 terkini dengan One UI Watch 8, antaramukanya juga kini dilengkapkan dengan Now Bar, notifikasi lebih kemas dan mudah dilihat, serta Multi-Info Tiles baharu yang menyediakan akses mudah kepada metrik kesihatan, cuaca dan pelbagai lagi dalam satu tempat.

Watch Ultra ada warna biru baru, storan 64GB

Sementara itu, Galaxy Watch Ultra turut menerima kemas kini untuk tahun 2025. Selain ditawarkan dalam pilihan warna biru baru, storan dalaman juga telah ditingkatkan daripada 32GB kepada 64GB.

Harga dan ketersediaan Galaxy Watch 8, Watch 8 Classic dan Watch Ultra 2025

Kesemua model Galaxy Watch baru ini boleh dipratempah bermula hari ini, 9 Julai 2025. Berikut adalah harga rasmi untuk barisan jam Galaxy Watch terbaru di Malaysia:

  • Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi – RM1,299
  • Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi + LTE – RM1,599
  • Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi – RM1,399
  • Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi + LTE – RM1,699
  • Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi – RM1,799
  • Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi + LTE – RM2,099
  • Galaxy Watch Ultra 2025 (47mm) WiFi + LTE – RM3,399

Dari segi pilihan warna, Galaxy Watch 8 tersedia dalam warna kelabu dan perak, manakala Watch 8 Classic pula tersedia dalam warna hitam dan putih. Model Ultra 2025 pula ada empat pilihan kemasan titanium, berwarna biru, kelabu, perak dan putih.

Tags: Galaxy Watch 8Galaxy Watch 8 Classicgalaxy watch ultrasamsungSamsung Galaxy Watch 8Samsung Galaxy Watch Ultra 2025samsung malaysiaWearOS 6
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Galaxy Watch 8 & Watch 8 Classic: Jam pintar pertama ada Gemini terbina & Indeks Antioksidan

Galaxy Watch 8 & Watch 8 Classic: Jam pintar pertama ada Gemini terbina & Indeks Antioksidan

10 July 2025
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER