• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GXBank kini tawar pembaharuan insurans kereta, siap ada pakej khas EV

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 11/07/2025
  • Komen
GXBank kini tawar pembaharuan insurans kereta, siap ada pakej khas EV
Share on FacebookShare on Twitter

GXBank kini meluaskan penawaran perkhidmatannya dengan memperkenalkan ciri pembaharuan insurans kereta terus dalam aplikasi. Perkhidmatan terbaharu ini disediakan menerusi kerjasama GXBank dengan syarikat insurans Zurich Malaysia.

Menurut laman rasmi GXBank, mereka menjanjikan proses pembaharuan yang sangat mudah, hanya tiga tap diperlukan. Ia bermula dengan mendapatkan quote insurans, yang dikatakan boleh siap dalam masa kurang dari seminit. Pengguna kemudiannya boleh menyesuaikan perlindungan mereka dengan menambah add-on seperti:



  • Perlindungan bencana alam (special perils)
  • Perlindungan cermin hadapan
  • Perlindungan kemalangan diri
  • Dan beberapa pilihan tambahan lain

Tambahan pula, anda juga boleh terus perbaharui cukai jalan sekali gus dalam aplikasi sama.

Masih dalam fasa percubaan

Namun begitu, buat masa ini perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja, kerana ia masih dalam fasa awal dan akan dilancarkan secara berperingkat. Pilihan “Car Insurance” akan muncul di tab Discover dalam aplikasi GXBank sebaik sahaja ia tersedia untuk akaun anda.



Ada add-on khas untuk EV

GXBank juga menyertakan ciri menarik untuk pemilik kenderaan elektrik (EV), iaitu EV Package. Add-on ini memberi perlindungan terhadap insiden yang berkait dengan pengecasan EV, antaranya:

  • Pampasan untuk pembaikan atau penggantian wall charger di rumah
  • Perlindungan ke atas kabel pengecas EV yang rosak akibat kemalangan
  • Kos baik pulih EV yang rosak akibat pengecasan
  • Perlindungan sekiranya berlaku kecederaan semasa menggunakan pengecas EV

Ini menjadikan GXBank antara penyedia insurans digital terawal yang menawarkan perlindungan spesifik untuk keperluan pengguna EV di Malaysia.

Tawaran untuk pelanggan terawal

Walaupun perkhidmatan ini masih belum dilancarkan secara penuh, GXBank sudah mula menawarkan promosi pelancaran kepada pengguna yang terawal. Antara ganjaran yang ditawarkan:

  • Pulangan tunai sehingga RM30
  • Diskaun RM38 untuk add-on Unlimited Roadside Assistance & Towing

Namun begitu, promosi ini hanya sah sehingga hujung bulan ini dan terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja.

Layari laman web GXBank untuk ketahui lebih lanjut.

Tags: gxbankGXBank Insurans KeretaInsurans KeretaZurich
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
GXBank kini tawar pembaharuan insurans kereta, siap ada pakej khas EV

GXBank kini tawar pembaharuan insurans kereta, siap ada pakej khas EV

11 July 2025
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER