• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nothing Phone (3) Malaysia: Ada Glyph Matrix baru, Snapdragon 8s Gen 4, dari RM3,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:38 pm
  • 11/07/2025
  • Komen
Nothing Phone (3) Malaysia: Ada Glyph Matrix baru, Snapdragon 8s Gen 4, dari RM3,299
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan pengenalannya di pentas antarabangsa awal Julai, kini Nothing telah mengumumkan ketibaan telefon pintar flagship terbaharu mereka, Nothing Phone (3) di Malaysia.

Harga dan ketersediaan Nothing Phone (3)

Sama seperti generasi sebelum ini, Nothing Phone (3) ditawarkan dalam dua varian, tetapi dengan pilihan modul RAM lebih besar. Harganya juga meningkat RM300 berbanding Phone (2) bagi kedua-dua varian. Berikut adalah harga jualan rasmi Phone (3) di Malaysia:



  • Nothing Phone (3) RAM 12GB + Storan 256GB – RM3,299
  • Nothing Phone (3) RAM 16GB + Storan 512GB – RM3,799

Tempahan awal Phone (3) akan dibuka di Malaysia bermula hari Sabtu, 12 Julai 2025 dengan jualan umumnya akan bermula pada 1 Ogos. Pembeli dalam tempoh tersebut turut akan disertakan hadiah seperti:

  • Fon putik Nothing Ear (a)
  • Beg Tote Nothing
  • Jaminan lanjutan selama 1 tahun
  • Topi Nothing
  • Lanyard Nothing

Phone (3) boleh didapatkan melalui pengedar sah Nothing di di seluruh negara termasuk TMT, DirectD, UR, Vivid Concept, SS Solution, serta stor rasmi Nothing di Lazada, Shopee dan TikTok. Selain itu, ia turut tersedia melalui telco seperti UMobile dan Yes.



Seperti biasa, Nothing turut akan menyediakan Drops di kedai Crossover di Sunway Pyramid, membolehkan Phone (3) didapati lebih awal pada 19 Julai, jam 11 pagi.

Spesifikasi Nothing Phone (3)

Nothing Phone (3) menggunakan panel paparan AMOLED beresolusi 1.5K (2800×1260) dengan kadar segar semula 120Hz. Paparannya turut menyokong kecerahan puncak HDR mencecah 4,500 nits, dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 7i. Ia masih ditawarkan dalam dua warna, hitam dan putih. Tahap kalis air dan debu juga masih kekal pada IP68.

Seperkara baru pada Nothing Phone (3) adalah, berbanding lampu Glyph seperti Phone (2), ia kini dilengkapkan dengan skrin Glyph Matrix yang mempunyai 489 LED. Skrin boleh memaparkan maklumat macam notifikasi, kiraan detik kamera, lampu suluh, tahap kelantangan audio dan status bateri telefon.

Bukan setakat itu, skrin Glyph Matrix ini turut akan menunjukkan animasi khas apabila fungsi NFC digunakan, serta lengkap dengan fungsi Glyph Toy yang menawarkan lebih banyak antaramuka menarik seperti Glyp Mirror, permainan seperti batu gunting kertas dan banyak lagi. Terdapat butang haptik berbentuk bulat di bawahnya untuk kawalan skrin Glyph Matrix.

Walaupun diiklankan sebagai telefon flagship, Phone (3) tidak menerima cip terbaik Qualcomm Snapdragon 8 Elite, sebaliknya menggunakan cip kelas pertengahan premium Snapdragon 8s Gen 4. Ia bergandingan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Bateri berkapasiti 5,150mAh dimuatkan ke dalam telefon dan ia menyokong pengecasan 65W USB-C dan wayarles 15W. Terdapat juga pengecasan wayarles dan berwayar terbalik, masing-masing pada 7.5W dan 5W.

Di bahagian pengimejan, Nothing Phone (3) tampil dengan tiga kamera belakang, yang terdiri daripada kamera utama 50MP f/1.68 dengan sensor bersaiz 1/1.3″ dan sokongan OIS, kamera telefoto periskop 50MP f/2.68 mampu zum optikal 3x dengan OIS dan kamera ultralebar 50MP f/2.2. Kamera depan turut menggunakan sensor 50MP f/2.2.

Sejurus keluar kotak, ia menjalankan Android 15 yang diselaputi di atas Nothing OS 3.5 dan dijamin akan menerima kemas kini OS selama 5 tahun dan 7 tahun keselamatan. Ia juga menyokong WiFi 7, Bluetooth 6.0 dan NFC.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Nothing Phone (3).

Tags: NothingNothing MalaysiaNothing. Phone (3)
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Nothing Phone (3) Malaysia: Ada Glyph Matrix baru, Snapdragon 8s Gen 4, dari RM3,299

Nothing Phone (3) Malaysia: Ada Glyph Matrix baru, Snapdragon 8s Gen 4, dari RM3,299

11 July 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER