Samsung telah selamat melancarkan telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold 7, Galaxy Z Flip 7 dan jam pintar siri Galaxy Watch 8 mereka. Kini Samsung Malaysia akan mempamerkan peranti terbaru tersebut kepada khalayak ramai menerusi jelajah pengalaman istimewa yang akan berlangsung di Pavillion Kuala Lumpur, dari hari Rabu, 16 Julai hingga hari Ahad, 20 Julai 2025.
Pengunjung boleh mencuba sendiri peranti baharu ini menjelang ketersediaannya di Malaysia, dan melihat sejauh mana telefon pintar boleh lipat Samsung telah berkembang sejak pelancaran Galaxy Fold pertama pada tahun 2019.

Antara yang menjadi tumpuan utama di acara tersebut ialah Flow of Innovation, satu pengalaman interaktif yang membawa pengunjung menyusuri evolusi siri Galaxy Z. Di sana, pengunjung boleh meneroka zon-zon bertema yang memfokuskan penggunaan aplikasi dunia sebenar bagi Z Fold 7 dan Z Flip 7, daripada produktiviti berasaskan AI hinggalah kepada aliran kerja kandungan kreatif, selain integrasi merentas peranti.
Selain telefon boleh lipat, Samsung Malaysia turut menonjolkan ekosistem mereka yang lengkap. Pengunjung boleh melihat bagaimana telefon Galaxy, peranti boleh pakai, TV dan peralatan rumah pintar semuanya saling berhubung melalui SmartThings, membentuk persekitaran rumah pintar yang boleh disesuaikan mengikut setiap keperluan anda.
Terdapat juga Smart Health & Wellness Hub yang mempamerkan siri jam pintar Galaxy Watch 8 terbaharu, lengkap dengan ciri penjejak kesihatan peribadi dan alat panduan gaya hidup yang disesuaikan.
Jika anda berminat untuk menjadi antara yang terawal memiliki Galaxy Z Fold 7 atau Flip 7, pengunjung boleh membuat tempahan awal secara terus di lokasi acara dan nikmati hadiah serta promosi eksklusif.
Pada ketika ini, siri Galaxy Z Fold 7, Flip 7 dan Galaxy Watch 8 sudah boleh dipratempah secara dalam talian dengan tawaran bernilai sehingga RM1,390. Untuk telefon lipat, Samsung Malaysia menawarkan naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM600, eVoucher eksklusif bernilai hingga RM390, serta rebat sehingga RM400 kepada pemegang kad CIMB.



Berikut adakah harga jualan rasmi Galaxy Z Fold 7, Flip 7 dan Flip 7 FE di Malaysia:
Samsung Galaxy Z Fold 7
- Galaxy Z Fold 7 (12GB+256GB) – RM7,799
- Galaxy Z Fold 7 (12GB+512GB) – RM8,399
- Galaxy Z Fold 7 (16GB+1TB) – RM9,899
Samsung Galaxy Z Flip 7
- Samsung Galaxy Z Flip 7 12GB + 256GB storage – RM4,999
- Samsung Galaxy Z Flip 7 12GB + 512GB storage – RM5,599
Samsung Galaxy Z Flip 7 FE
- Galaxy Z Flip 7 FE 8GB + 128GB – RM3,999
- Galaxy Z Flip 7 FE 8GB + 256GB – RM4,299
Sementara itu, untuk siri Galaxy Watch 8, Samsung Malaysia menawarkan tali jam bernilai sehingga RM159 dan rebat tukar beli sehingga RM200. Manakala, untuk Galaxy Watch Ultra 2025, Samsung menawarkan tali jam Trail bernilai RM399, Galaxy SmartTag 2 bernilai RM149, kepala pengecas 15W bernilai RM59, power bank 10,000mAh bernilai RM159 dan rebat tukar beli sehingga RM200.

Berikut adalah harga jualan rasmi untuk Galaxy Watch 8 dan Watch Ulra 2025:
Siri Samsung Galaxy Watch 8
- Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi – RM1,299
- Galaxy Watch 8 (40mm) WiFi + LTE – RM1,599
- Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi – RM1,399
- Galaxy Watch 8 (44mm) WiFi + LTE – RM1,699
- Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi – RM1,799
- Galaxy Watch 8 Classic (46mm) WiFi + LTE – RM2,099
Watch Ultra (2025)
- Galaxy Watch Ultra 2025 (47mm) WiFi + LTE – RM3,399
Bacaan berkaitan
- Samsung Galaxy Z Flip 7 & Flip 7 FE diumum, kini dengan skrin luar penuh & Exynos 2500
- Samsung Galaxy Z Fold 7: Lebih nipis, lebih besar dan kamera utama kini 200MP
- Galaxy Watch 8 & Watch 8 Classic: Jam pintar pertama ada Gemini terbina & Indeks Antioksidan
- Galaxy Z Fold, Flip 7 & siri Galaxy Watch 8: Harga & promosi tempahan awal di Malaysia