• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix umum XBAND, gelang pintar dengan bateri 12 hari & pelbagai fungsi jejak kesihatan

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:11 pm
  • 16/07/2025
  • Komen
Infinix umum XBAND, gelang pintar dengan bateri 12 hari & pelbagai fungsi jejak kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

Selain telefon pintar, Infinix menawarkan pelbagai rangkaian produk boleh pakai lain seperti fon putik AI Buds dan cincin pintar AI Ring, yang dilancarkan awal Jun lalu. Terbaru, Infinix Malaysia mengumumkan satu lagi produk boleh pakai untuk pasaran tempatan, iaitu gelang pintar yang dinamakan Infinix XBAND.

Direka untuk menyokong gaya hidup moden dan sihat, gelang pintar ini hadir dengan rekaan minimalis, ringan, serta pelbagai ciri penjejakan kesihatan dan kecergasan.



Harga Infinix XBAND di Malaysia

Peminat di Malaysia boleh dapatkan Infinix XBAND bermula hari ini, 16 Julai 2025. Ia dijual pada harga RM169, melalui kedai jenama Infinix, atau stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Di pasaran antarabangsa, gelang pintar ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna, tetapi pasaran Malaysi hadir dalam satu warna, iaitu perak.



Spesifikasi Infinix XBAND

Direka dengan badan nipis dan minimalis, Infinix XBAND hanya berukuran 8.99mm dan berat 24g. Ia dilengkapi dengan skrin sentuh berwarna bersaiz 1.57″ beresolusi HD. Selain boleh dikawal melalui skrin, jam ini turut ada dua butang di sisi.

Selain itu, terdapat juga lebih 100 pilihan muka jam untuk pengguna mengubah gaya mengikut mood. Setiap XBAND turut didatangkan dengan tali jam tambahan berwarna rawak.

Menurut Infinix, gelang pintar ini direka dengan menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Ia menyokong pelbagai fungsi pemantauan seperti kadar degupan jantung, tahap oksigen dalam darah, kualiti tidur, tahap tekanan, dan latihan pernafasan. Untuk pengguna wanita, terdapat juga fungsi penjejakan kitaran haid. Semua data ini boleh dipantau menerusi aplikasi My Health.

Bagi fungsi penjejakan kecergasan pula, XBAND dilengkapkan dengan lebih 100 mod sukan termasuk berlari, tinju, yoga dan banyak lagi. Untuk penggunaan yang lebih lasak, gelang pintar ini turut diiktiraf kalis air dan debu IP68.

Infinix mendakwa XBAND mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 12 hari dalam satu isian penuh, menggunakan bateri 230mAh di dalamnya. Ia boleh dicas secara magnetik, dan akan mengambil sekitar 2 jam untuk penuh.

Tags: InfinixInfinix MalaysiaInfinix XBAND
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Infinix umum XBAND, gelang pintar dengan bateri 12 hari & pelbagai fungsi jejak kesihatan

Infinix umum XBAND, gelang pintar dengan bateri 12 hari & pelbagai fungsi jejak kesihatan

16 July 2025
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN