• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ugreen MagFlow: Powerbank pertama sokong Qi 2.2, tawar pengecasan wayarles sehingga 25W

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:09 pm
  • 18/07/2025
  • Komen
Ugreen MagFlow: Powerbank pertama sokong Qi 2.2, tawar pengecasan wayarles sehingga 25W
Share on FacebookShare on Twitter

Ugreen telah memperkenalkan powerbank terbaru mereka, iaitu MagFlow Magnetic Power Bank. Menurut Ugreen, ia adalah powerbank pertama yang menerima pensijilan rasmi standard Qi 2.2 dari Wireless Power Consortium (WPC), membolehkan pengecasan wayarles lebih pantas sehingga 25W, lebih laju berbanding Qi 2.0 yang hanya 15W.

Melalui pengenalan produk baharu ini, Ugreen menyifatkannya sebagai satu langkah ke hadapan dalam menawarkan pengecasan yang lebih pantas, cekap dan berprestasi tinggi untuk generasi peranti akan datang. Powerbank ini serasi dengan model iPhone sedia ada, dan direka untuk menyokong pengecasan pantas 25W melalui Qi 2.2, yang berpotensi digunakan pada iPhone 16 dan model lebih baharu.



Terdapat juga laporan mengatakan barisan iPhone 17 bakal menyokong standard Qi 2.2, membolehkan pengecasan wayarles 25W menggunakan aksesori pihak ketiga, tanpa perlu bergantung pada pengecas MagSafe rasmi Apple. Menurut Ugreen, Qi 2.2 dibina berasaskan teknologi MagSafe Apple dan memastikan keserasian lebih meluas dengan peranti yang menyokong Magnetic Power Profile (MPP).

Berbalik kepada powerbank Ugreen MagFlow, ia hadir dalam rekaan kompak dan dilengkapi sistem magnetik yang kuat untuk melekap kemas pada telefon. Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, Ugreen MagFlow dilaporkan hadir dengan kapasiti bateri 10,000mAh. Ia juga ada skrin LCD terbina yang memaparkan tahap bateri serta mod pengecasan.



Selain pengecas wayarles 25W, ia juga dilengkapi kabel USB-C terbina dan satu port USB-C, dengan sokongan output pengecasan sehingga 30W.

Kalau berminat, anda mungkin perlu bersabar sedikit kerana Ugreen MagFlow dijangka dilancarkan sekitar Q3 2025, termasuk di Malaysia dan beberapa negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Ugreen MagFlow.

Tags: UgreenUgreen MagFlow
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Ugreen MagFlow: Powerbank pertama sokong Qi 2.2, tawar pengecasan wayarles sehingga 25W

Ugreen MagFlow: Powerbank pertama sokong Qi 2.2, tawar pengecasan wayarles sehingga 25W

18 July 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER