• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akaso 360 akan dilancar 28 Julai ini, kamera aksi 360 darjah dengan rakaman 5.7K

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:37 pm
  • 21/07/2025
  • Komen
Akaso 360 akan dilancar 28 Julai ini, kamera aksi 360 darjah dengan rakaman 5.7K
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sebut tentang kamera aksi, mungkin jenama seperti GoPro, DJI mahupun Insta360 yang terlintas di fikiran. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa jenama Akaso juga aktif dalam pasaran ini.

Terbaru, Akaso memaklumkan bahawa mereka bakal memperkenalkan kamera aksi 360 darjah terbaharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Akaso 360. Pelancarannya dijadualkan berlangsung tidak lama lagi, pada hari Isnin, 28 Julai 2025.



Macam yang anda boleh jangka melalui namanya, Akaso 360 adalah sebuah kamera dengan kemampuan merakam 360 darjah, direka untuk kegunaan seperti vlog harian, sukan ekstrem, aktiviti luar seperti berbasikal, menyelam, mendaki, ski dan memancing.

Spesifikasi Akaso 360

Menurut Akaso, kamera Akaso 360 ini mampu memberikan hasil rakaman yang tajam dan warna yang tepat, walaupun dalam pencahayaan yang mencabar. Kamera ini menggunakan dua sensor 1/2″ 48MP, dan dikatakan boleh merakam video pada resolusi tinggi, sehingga 5.7K dan menangkap imej statik pada 72MP.



Selain itu, ia juga menyokong ‘shoot first, reframe later’, embolehkan pengguna merakam terlebih dahulu sebelum menyunting dan memilih sudut yang diingini mengikut platform atau gaya kandungan. Semua ini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi AKASO 360, termasuk menyunting dan berkongsi rakaman terus ke telefon anda.

Akaso 360 turut hadir dengan beberapa ciri pintar lain seperti AI Tracking untuk menjejak subjek yang bergerak dalam bingkai, 360° Horizon Lock bagi memastikan rakaman kekal mendatar walaupun kamera berpusing, dan 360° Super Smooth Video untuk video lebih stabil.

Ia juga menampilkan skrin sentuh 2.29 inci yang memudahkan kawalan terus pada kamera, menggunakan mount 1/4″ di bawah kamera serta dua mikrofon untuk rakaman stereo.

Dari segi bateri, AKASO 360 mampu beroperasi sehingga 60 minit dengan bateri penuh, dan baterinya juga boleh ditukar sekiranya anda memerlukan rakaman lebih lama. Tiada tahap penarafan rasmi dinyatakan, namun Akaso 360 dikatakan tahan terhadap cuaca seperti hujan dan salji.

Harga Akaso 360

Tentunya maklumat harga Akaso di Malaysia hanya akan didedahkan ketika pelancarannya di Malaysia nanti. Tetapi di Amerika Syarikat, ia tersenarai di Amazon pada harga USD199.99 (~RM847). Berkemungkinan harganya di Malaysia juga mungkin tidak jauh berbeza.

Sebagai perbandingan, Insta360 X4 dijual pada harga bermula RM2,499, manakala GoPro MAX 360 pula berharga RM1,799.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Akaso 360.

Tags: akasoAkaso 360
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Akaso 360 akan dilancar 28 Julai ini, kamera aksi 360 darjah dengan rakaman 5.7K

Akaso 360 akan dilancar 28 Julai ini, kamera aksi 360 darjah dengan rakaman 5.7K

21 July 2025
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN