• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BMW iX 2026 kini rasmi di Malaysia: Motor lebih berkuasa, wajah baharu, dari RM425,800

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:44 pm
  • 21/07/2025
  • Komen
BMW iX 2026 kini rasmi di Malaysia: Motor lebih berkuasa, wajah baharu, dari RM425,800
Share on FacebookShare on Twitter

BMW kini secara rasmi telah melancarkan barisan BMW iX terbaharu untuk tahun 2026 di Malaysia. Asalnya diumumkan pada Januari, model BMW iX 2026 ini sebenarnya adalah versi facelift kepada SUV elektrik tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2021.

Untuk pasaran tempatan, ada dua varian yang ditawarkan iaitu BMW iX xDrive60 M Sport Pro dan BMW iX xDrive45 Sport. Kedua-dua model ini akan mula dijual di semua pengedar sah BMW di seluruh negara bermula 25 Julai 2025. Sementara reka bentuk keseluruhannya masih mengekalkan rupa gagah macam model asal, terdapat perubahan kecil yang dikenakan pada bahagian luaran.



Ini termasuk:

  • Gril “BMW kidney grille” yang direka semula dengan corak garis menyerong
  • Gril turut dilengkapi fungsi Iconic Glow menyala putih ketika memandu dan berdenyut ketika pintu dibuka atau ditutup
  • Rekaan lampu utama LED adaptif yang lebih moden

Selain perubahan luaran, BMW iX terbaru ini turut menawarkan penambahbaikan dari segi prestasi dan jarak kembara. BMW mendakwa penambahbaikan ini datang dari penalaan semula sistem pacuan, serta penggunaan sel bateri dan teknologi inverter yang lebih canggih.



Harga BMW iX 2026 di Malaysia

Berikut adalah harga jualan BMW iX 2026 di Malaysia:

  • BMW iX xDrive60 M Sport Pro: RM487,800
  • BMW iX xDrive45 Sport: RM425,800

SUV elektrik ini turut datang dengan waranti pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri selama lapan tahun atau 160,000km. Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI), yang akan memanjangkan tempoh jaminan pengeluar kepada 5 tahun serta liputan servis selama 6 tahun.

Sudah tentu, pakej BSRI ini datang dengan kos tambahan. Dengan BSRI, harga BMW iX xDrive60 M Sport Pro meningkat kepada RM522,700, manakala harga BMW iX xDrive45 Sport menjadi RM460,700.

Spesifikasi BMW iX xDrive60 M Sport Pro

Di antara dua model diperkenal, iX xDrive60 M Sport Pro adalah model lebih tingi. Ia hadir dengan sistem pacuan semua roda (AWD) hasil gabungan dua motor elektrik, memberikan output 400kW (536hp) dan tork 765Nm. Menurut BMW, SUV elektrik ini mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 4.6 saat, dengan kelajuan maksimum 200km/j.

Sebagai perbandingan, model sebelumnya iaitu iX xDrive50 hanya menawarkan kuasa 385kW (516hp), tetapi mengekalkan angka tork dan kelajuan maksimum yang sama. Dari segi pecutan, model lama hanya 0.2 saat lebih perlahan berbanding model baharu ini.

iX xDrive60 M Sport Pro menggunakan bateri NMC berkapasiti 109.1kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 701km (WLTP), iaitu 71km lebih jauh berbanding model lama yang hadir dengan bateri 105.2kWh.

BMW turut menyatakan bahawa SUV elektrik ini boleh memberikan sehingga 217km jarak perjalanan dalam masa hanya 10 minit pengecasan DC, kerana ia menyokong pengecasan pantas sehingga 195kW. Selain itu, model ini juga didatangkan dengan modul pengecasan AC 22kW 3-fasa secara standard.

Antara ciri lain yang disertakan termasuk:

  • Rim aloi ringan M 22-inci dengan kemasan diamond-polished
  • Brek kaliper berwarna merah
  • Lampu utama dan belakang gaya “smoked”
  • Pakej bantuan pemanduan Driving Assistant Professional dan Parking Assistant Plus
  • Sistem bunyi Harman Kardon 655W dengan 18 pembesar suara

X xDrive60 M Sport Pro tersedia dalam beberapa pilihan warna luaran, termasuk M Carbon Black, Black Sapphire, Mineral White, Arctic Race Blue, Aventurine Red dan Dune Grey. Manakala di dalam, ia boleh didapatkan dalam pilihan Interior Design Suite Amido, Interior Design Suite Castanea, M Sport Interior Design Black/Atlas Grey.

Spesifikasi BMW iX xDrive45 Sport

Model BMW iX xDrive45 Sport 2026 juga dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan dua motor elektrik, tetapi menghasilkan kuasa sedikit lebih rendah 300kW (402hp) serta tork 700Nm.

Pun begitu, ia merupakan peningkatan sebanyak 60kW (81hp) dan 70Nm berbanding model terdahulu, iX xDrive40. Ia juga mencatatkan peningkatan prestasi dengan pecutan 0 ke 100km/j dalam masa 5.1 saat, satu saat lebih pantas berbanding 6.1 saat pada model lama. Kelajuan maksimumnya kekal pada 200km/j.

BMW turut mendedahkan bahawa bateri dalam iX xDrive45 kini mempunyai 30% lebih kapasiti berbanding xDrive40. Dengan bateri NMC 94.8kWh, SUV ini mampu melakukan jarak sehingga 602km (mengikut piawaian WLTP), iaitu 177km lebih jauh dari generasi sebelumnya.

Kuasa mengecas juga kini ditambah baik. Model 2026 kini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 175kW berbanding 150kW sebelum ini. Dengan pengecasan DC 10 minit, EV ini juga dikatakan boleh memberikan jarak kembara sehingga 166km . Sama seperti varian lebih tinggi, ia juga hadir dengan modul pengecasan AC 22kW 3-fasa secara standard.

Antara ciri lain yang disertakan pada model ini termasuk:

  • Rim 21-inci
  • Driving Assistant Professional dan Parking Assistant Plus
  • Sistem audio Harman Kardon 655W dengan 18 pembesar suara

BMW iX xDrive45 Sport ditawarkan dalam warna seperti Alpine White, Black Sapphire, Sophisto Grey, Mineral White, Arctic Race Blue, Aventurine Red, dan Dune Grey. Pilihan warna kabin dalam pula adalah telier Oyster, Atelier Mocha, dan Atelier Black.

Tags: BMWbmw ixBMW iX 2026BMW iX xDrive45 SportBMW iX xDrive60 M Sport ProEVkenderaan elektrik
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

BMW iX 2026 kini rasmi di Malaysia: Motor lebih berkuasa, wajah baharu, dari RM425,800

BMW iX 2026 kini rasmi di Malaysia: Motor lebih berkuasa, wajah baharu, dari RM425,800

21 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER