• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AEON

Aeon Bank perkenal Kad Debit-i edisi terhad sempena ulang tahun pertama

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:33 pm
  • 22/07/2025
  • Komen
Aeon Bank perkenal Kad Debit-i edisi terhad sempena ulang tahun pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun pertama Aeon Bank di Malaysia, bank digital ini memperkenalkan rekaan baharu untuk kad debit mereka, kad edisi terhad Debit Card-i yang menampilkan maskot kucing comel mereka, Neko. Ini berbeza daripada kad berwarna merah jambu sedia ada.

Kalau anda pengguna baharu Aeon Bank, berita baiknya, anda boleh dapatkan kad edisi terhad ini secara percuma, manakala pengguna sedia ada boleh memohon untuk tukar kepada kad edisi terhad ini.



Kad Debit-i Aeon Bank edisi terhad

Kad edisi terhad ini boleh dimohon oleh semua pengguna baharu Aeon Bank tanpa sebarang caj, kerana yuran pengeluaran kad bernilai RM12 masih dikecualikan sehingga 31 Ogos 2025. Malah, pengguna baru yang memohon turut akan menerima 1,000 Aeon Points, yang bersamaan tunai RM5.

Kalau anda kerap beli barang dapur, Aeon Bank kini sedang menjalankan kempen 8x Grocery Rewards yang membolehkan pengguna mendapat 8x Aeon Points untuk perbelanjaan di mana-mana kedai runcit, lebih kurang bersamaan 4% pulangan tunai. Untuk pembelian di pasar raya Aeon (kecuali Aeon Department Store), anda boleh peroleh lebih banyak, iaitu 9x Aeon Points yang bersamaan dengan 4.5% pulangan tunai.



Selain itu, Aeon Bank juga tidak mengenakan caj pengeluaran tunai di mana-mana mesin ATM MEPS di seluruh negara. Caj pengeluaran akan dipulangkan semula ke dalam akaun simpanan anda secara automatik selepas transaksi selesai.

Untuk simpanan pula, Aeon Bank menawarkan kadar faedah sebanyak 0.25% setahun untuk akaun Savings Account-i. Namun, pelanggan boleh menikmati kadar faedah lebih tinggi iaitu 3.00% setahun sekiranya wang disimpan dalam Savings Pot.

Anda boleh baca terma dan syarat penuh untuk promosi semasa Aeon Bank di sini.

Pengguna lama pun boleh tukar kad, tapi ada caj

Kalau anda pengguna lama yang sudah menggunakan kad Aeon Bank berwarna merah jambu sedia ada, anda masih boleh mohon untuk tukar kepada versi edisi terhad ini. Caranya mudah:

  1. Buka aplikasi Aeon Bank
  2. Pergi ke bahagian Kad
  3. Pilih Lost/Stolen atau Damaged

Tapi perlu diingat, jika anda laporkan kad sebagai hilang atau dicuri, anda akan dikenakan caj penggantian kad sebanyak RM12, yang akan ditolak terus daripada akaun simpanan anda.

Tags: AEONaeon bankaeon bank digitalBank Digitalkad debitkad debit Aeon Bank
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Aeon Bank perkenal Kad Debit-i edisi terhad sempena ulang tahun pertama

Aeon Bank perkenal Kad Debit-i edisi terhad sempena ulang tahun pertama

22 July 2025
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN