• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan umum pemberian RM100 untuk dewasa Malaysia, RON95 turun ke RM1.99 seliter

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:17 pm
  • 23/07/2025
  • Komen
Kerajaan umum pemberian RM100 untuk dewasa Malaysia, RON95 turun ke RM1.99 seliter
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu pengumuman khas hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif besar yang bakal memberi manfaat langsung kepada jutaan rakyat Malaysia.

RM100 tunai untuk semua dewasa Malaysia

Pertama sekali, kerajaan mengumumkan bantuan tunai sekali beri (one-off) sebanyak RM100 di bawah program SARA (Sumbangan Asas Rahmah) kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Bantuan ini boleh ditebus terus menggunakan MyKad dan digunakan untuk membeli barangan keperluan di lebih 4,100 kedai runcit seluruh negara seperti Mydin, Lotus, Econsave, dan 99 Speedmart.



Bantuan tunai RM100 ini diberikan disalurkan secara individu, bukan mengikut isi rumah. Ini bermaksud, jika satu keluarga ada empat orang dewasa (suami, isteri, dua anak berusia 18 tahun ke atas), jumlah keseluruhan yang boleh ditebus ialah RM400. Pemberian tunai RM100 ini akan dilakukan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember.

Menurut Perdana Menteri, inilah kali pertama bantuan tunai seperti ini diberikan secara menyeluruh kepada semua dewasa warganegara Malaysia. Program ini dijangka memanfaatkan sehingga 22 juta rakyat, dengan peruntukan khas sebanyak RM2 bilion. Dengan ini, jumlah keseluruhan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA akan meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025.



RON95 turun ke RM1.99 seliter

Selain bantuan tunai, kerajaan juga mengumumkan berita gembira buat pemilik kenderaan. Harga petrol RON95 akan diturunkan RM1.99 seliter daripada RM2.05. Namun, untuk menikmati harga subsidi ini, pengguna perlu menggunakan MyKad semasa membuat pembelian.

Skim ini dijangka memberi manfaat kepada 18 juta rakyat Malaysia, termasuk penunggang motosikal, pemilik kereta dan pekerja gig. Buat masa ini, butiran penuh mekanisme pelaksanaannya masih belum dimuktamadkan, tetapi kerajaan menjangkakan ia akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung September 2025.

Bagi golongan yang tidak layak menerima harga subsidi seperti warga asing dan kenderaan berplat asing, harga yang dikenakan adalah RM2.50 seliter.

Cuti empat hari sempena Hari Malaysia

Kerajaan juga mengumumkan bahawa 15 September 2025 akan diisytihar sebagai cuti umum tambahan sempena sambutan Hari Malaysia. Dengan cuti sedia ada pada 16 September, rakyat Malaysia boleh menikmati hujung minggu panjang selama empat hari bermula 13 hingga 16 September 2025.

Tiada kenaikan tol untuk 10 lebuh raya utama

Akhir sekali, kerajaan turut mengumumkan bahawa tiada kenaikan kadar tol untuk 10 lebuh raya utama yang sepatutnya menyaksikan kenaikan harga. Senarai 10 lebuh raya yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Cheras – Kajang (Grand Saga)
  • Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Pintasan Baru Utara Klang (NNKSB)
  • Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Untuk mengekalkan kadar tol sedia ada, kerajaan akan menanggung kos sebanyak lebih RM500 juta.

Tags: Anwar IbrahimRON95SARA
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Kerajaan umum pemberian RM100 untuk dewasa Malaysia, RON95 turun ke RM1.99 seliter

Kerajaan umum pemberian RM100 untuk dewasa Malaysia, RON95 turun ke RM1.99 seliter

23 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER