• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BYD Atto 2 rasmi di Malaysia: SUV EV kompak 174hp, jarak lebih 300km, dari RM100K

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:35 pm
  • 24/07/2025
  • Komen
BYD Atto 2 rasmi di Malaysia: SUV EV kompak 174hp, jarak lebih 300km, dari RM100K
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran Atto 3 Ultra dan Denza D9 awal tahun ini, BYD Sime Motors kini menambah satu lagi model ke pasaran Malaysia, BYD Atto 2. Menariknya, Malaysia merupakan pasaran pertama yang menerima model pemanduan sebelah kanan (RHD) SUV elektrik ini.

Harga BYD Atto 2 di Malaysia

Di Malaysia, BYD Atto 2 ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu Atto 2 Premium dengan harga bermula RM100,000. Ia hadir dalam tiga pilihan warna: Ski White, Harbour Grey, dan Breeze Green, semuanya dipadankan dengan kabin berwarna hitam bersama kemasan kulit vegan.



Setiap pembelian turut disertakan dengan pengecas mudah alih 3-pin dan adapter Vehicle-to-Load (V2L) secara percuma. Dari segi jaminan, anda akan menerima:

  • Jaminan kenderaan: 6 tahun / 150,000km
  • Jaminan bateri voltan tinggi: 8 tahun / 160,000km
  • Jaminan unit pacuan: 8 tahun / 150,000km

Pakej pemilikan mudah: pengecasan mudah alih & ansuran RM0

Untuk 800 pembeli terawal, BYD menawarkan Pakej Pemilikan Mudah Atto 2 yang merangkumi dua bahagian, iaitu penyelesaian pengecasan mudah dan juga kemudahan pembayaran.



Bagi penyelesaian pengecasan mudah:

  • Pembeli yang tinggal di rumah bertanah (“landed”) akan menerima pengecas wallbox secara percuma.
  • Untuk yang tinggal di pangsapuri atau kediaman bertingkat, anda boleh melanggan pakej Sime Platinum 4+ selama 12 bulan daripada Power-Up, yang merangkumi:
    • 4x pengecasan mudah alih DC melalui van pengecasan khas setiap bulan
    • 2x cucian kereta premium sebulan
    • 2x bantuan kecemasan EV setahun

Namun, perlu dinyatakan pakej ini hanya ditawarkan untuk kawasan terpilih sahaja.

Bagi kemudahan pembayaran, pembeli berpeluang menikmati ansuran RM0 untuk 6 bulan pertama melalui panel bank yang dilantik Sime Motors.

Spesifikasi BYD Atto 2 Malaysia

BYD Atto 2 merupakan sebuah SUV elektrik kompak dengan rekaan moden dan dimensi yang lebih kecil berbanding Atto 3. Dari segi prestasi, ia hadir dengan konfigurasi pacuan roda depan (FWD) yang menggunakan motor 130kW (174hp) dan tork 290Nm. Pecutan 0–100km/j boleh dicapai dalam 7.9 saat.

Model Atto 2 di Malaysia menggunakan bateri Blade LFP berkapasiti 51.13kWh, lebih besar berbanding versi di China dan Eropah. Ini membolehkan ia mencatat jarak sehingga 410km mengikut standard NEDC. Jika ikut anggaran WLTP, jaraknya adalah sekitar 340km, setanding dengan BYD Dolphin Standard Range.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan AC satu fasa hingga 7kW, dan pengecasan pantas DC sehingga 82kW, sama seperti Dolphin dan Atto 3 Ultra.

Dari segi saiz, Atto 2 berukuran 4,290mm panjang, 1,770mm lebar, dan 1,570mm tinggi dengan jarak roda 2,620mm, lebih kecil daripada Atto 3 tapi hampir sama besar dengan Proton X50. Kapasiti ruang but adalah 400L, dan boleh diluaskan sehingga 1,340L apabila tempat duduk belakang dilipat.

SUV ini turut dilengkapi dengan paparan infotainmen bersaiz 12.8 inci yang boleh diputar antara mod menegak dan mendatar, manakala kluster meter digital pula bersaiz 8.8 inci. Di dalam kabin, ia menawarkan ciri-ciri premium seperti kerusi hadapan dengan fungsi pengudaraan dan pad pengecas wayarles untuk telefon pintar.

Atto 2 datang dengan rim bersaiz 17 inci yang dipadankan dengan tayar 215/60, serta sistem suspensi MacPherson di hadapan dan torsion beam di belakang. Untuk keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara.

Tags: BYDBYD Atto 2BYD MalaysiaSime Darby Motor
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
BYD Atto 2 rasmi di Malaysia: SUV EV kompak 174hp, jarak lebih 300km, dari RM100K

BYD Atto 2 rasmi di Malaysia: SUV EV kompak 174hp, jarak lebih 300km, dari RM100K

24 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER