• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Proton X50 2026 diumumkan, bermula dari RM85,800

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:37 pm
  • 25/07/2025
  • Komen
Harga Proton X50 2026 diumumkan, bermula dari RM85,800
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa minggu selepas pendedahan pertamanya, kini Proton X50 serba baharu 2026 akhirnya rasmi dilancarkan di Malaysia. Model tahun 2026 ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan merangkumi reka bentuk luar dan dalam, teknologi, malah menggunakan enjin baharu.

Harga, warna dan waranti Proton X50 2026

Proton X50 2026 ditawarkan dalam tiga varian, tanpa varian standard seperti sebelumnya. Menggunakan enjin 1.5TD turbo 4-silinder baharu, berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • 2026 Proton X50 1.5TD Flagship: RM113,300
  • 2026 Proton X50 1.5TD Premium: RM101,800
  • 2026 Proton X50 1.5TD Executive: RM89,800

Namun, Proton menyediakan rebat tunai RM4,000 untuk 10,000 pelanggan terawal sebagai sebahagian daripada promosi Gempak! Deal khas untuk pembeli awal. Berikut adalah harga baharu bagi Proton X50 2026 selepas ditolak rebat:

  • Proton X50 2026 1.5TD Flagship: RM109,300
  • Proton X50 2026 1.5TD Premium: RM97,800
  • Proton X50 2026 1.5TD Executive: RM85,800

Pelanggan terawal juga layak untuk tawaran ‘trade-in overtrade’ hingga RM2,000, serta pakej pembiayaan dan insurans khas.



Selain daripada pakej internet kereta selama 5 tahun dengan kuota 2GB sebulan, Proton X50 2026 turut hadir dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun dan 6 kali caj buruh percuma. Walau bagaimanapun, sesetengah komponen kenderaan mempunyai tempoh jaminan tersendiri, jadi pastikan anda semak senarai penuh di laman rasmi Proton.

Dari segi warna, Proton telah menambah satu pilihan baharu iaitu Teal Bayou Green, menyertai empat warna sedia ada iaitu Snow White, Passion Red, Jet Grey dan Armour Silver.

Untuk bahagian dalam, varian Executive dan Premium hadir dengan dalam berwarna kemasan hitam, tetapi dibezakan melalui jenis material, iaitu fabrik untuk Executive dan kulit untuk Premium. Bagi varian Flagship pula, ia juga menggunakan kulit namun dengan gabungan warna hitam dan merah.

Spesifikasi Proton X50 2026

Dari segi rekaan luaran, X50 2026 menerima sentuhan baharu pada bahagian hadapan dan belakang, serta rim yang diinspirasikan daripada model Geely Binyue L. Untuk varian Flagship, ia dilengkapi spoiler dengan kemasan seakan gentian karbon, diambil daripada model Binyue Cool.

Masuk ke bahagian dalam, Proton X50 baharu ini menampilkan rekaan dalaman yang berbeza berbanding kedua-dua model Geely Binyue. Menurut Proton, rekaan dalaman ini dibangunkan sepenuhnya secara dalaman (in-house) oleh pasukan Proton sendiri. Walaupun penggunaan stereng sama dikekalkan, susun atur papan pemuka dan konsol tengah dilihat mengambil inspirasi daripada Proton e.MAS 7.

Model X50 2026 juga hadir dengan instrumen kluster dan sistem infotainmen baharu, masing-masing berukuran 8.88 inci dan 14.6 inci, sedikit lebih kecil berbanding yang digunakan pada e.MAS 7. Ia turut dilengkapi dengan tuil gear jenis kolum yang dipasang pada tepi stereng, sama seperti e.MAS 7.

Yang paling menarik, ini merupakan model Proton pertama yang hadir terus dengan Android Auto dan Apple CarPlay terbina dari kilang. Selain itu, sistem pembantu suara Hi Proton kini menyokong Bahasa Malaysia, menjadikan interaksi lebih mesra pengguna tempatan.

Dari aspek keselamatan, X50 baharu mengekalkan ciri ADAS Tahap 2 (Advanced Driver Assistance System), namun kini dengan tambahan sistem Rear Side Radar. Ini membuka ruang untuk beberapa ciri baharu, termasuk:

  • Rear Collision Warning
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Door Opening Warning

Proton turut menaik taraf sistem Auto Park Assist, dengan direka semula agar lebih mudah dan intuitif digunakan. Sistem kamera 360 darjah juga dinaik taraf, kini menyokong pandangan lutsinar 180 darjah di bawah kenderaan, membantu pemandu melihat permukaan jalan di bawah kereta dengan lebih jelas.

SUV ini menggunakan enjin baharu i-GT 1.5L 4-silinder turbo. Walaupun masih dipadankan dengan kotak gear DCT 7-transmisi, enjin baharu ini mampu menghasilkan kuasa 178hp (133kW) dan tork setinggi 290Nm. Proton turut mendakwa peningkatan penjimatan bahan api sebanyak 4.7% berbanding generasi sebelumnya. SUV ini boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 7.6 saat, iaitu 0.3 saat lebih pantas daripada model terdahulu.

Tags: protonProton X50Proton X50 2026
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Harga Proton X50 2026 diumumkan, bermula dari RM85,800

Harga Proton X50 2026 diumumkan, bermula dari RM85,800

25 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

Infinix Hot 60 5G dan Hot 60i dilancar, skrin 120Hz dengan Dimensity 7060, dari RM499

10 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER