• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:38 pm
  • 27/07/2025
  • Komen
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 31 Ogos 2025, semua rakyat Malaysia dewasa akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 seorang. Ini adalah bantuan tunai sekali bayar daripada kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, dan ia diagih melalui MyKad.

Tapi seperti biasa, bila ada bantuan tunai, akan ada juga pihak tak bertanggungjawab yang cuba ambil kesempatan. Banyak maklumat palsu dan scam mula berlegar, jadi berikut kami senaraikan apa yang anda perlu tahu, supaya tak mudah terpedaya.



Pemberian SARA RM100 bukan melalui TNG

Macam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Tunai SARA RM100 akan disalurkan kepada semua menggunakan MyKad. Ramai yang menyangka RM100 ini akan dimasukkan melalui fungsi Touch ‘n Go yang ada pada MyKad, tapi itu tidak benar.

Touch ‘n Go tidak terlibat langsung dalam inisiatif Bantuan Tunai SARA RM100 ini. Jadi, anda tidak perlu semak baki kad TNG, tidak perlu pautkan ke eWallet, dan tak perlu risau kalau kad TNG anda dah tamat tempoh.



Tiada pendaftaran, tiada pengaktifan, tiada aplikasi atau pendaftaran diperlukan. Hanya guna MyKad anda.

Siapa yang layak terima bantuan SARA RM100?

Pemberian SARA RM100 ini akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan atau status perkahwinan. Setiap orang akan dapat RM100, dan kalau satu rumah ada 4 dewasa contohnya, jumlah keseluruhan adalah RM400.

Perlu diingat, RM100 ini diberikan kepada setiap MyKad. Anda boleh guna bantuan ini dari 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 pasar raya yang mengambil bahagian.

Apa yang boleh dibeli dengan bantuan SARA RM100?

Bantuan tunai RM100 SARA ini hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas yang dibenarkan. Lebih 90,000 barangan telah disenaraikan di bawah program ini, meliputi 14 kategori termasuk barangan dapur, penjagaan diri, ubat-ubatan, produk pembersihan dan keperluan sekolah.

Anda hanya boleh guna bantuan ini di pasar raya dan kedai yang mengambil bahagian di bawah program MyKasih seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus’s dan 99 Speedmart. Anda boleh semak senarai penuh pasar raya terlibat di kawasan anda mengikut negeri di sini.

Cara tebus SARA RM100

Untuk tebus Bantuan Tunai RM100 SARA anda, pergi ke pasar raya yang mengambil bahagian dan beli barangan keperluan anda.

Langkah 1: Pilih barangan keperluan daripada 14 kategori yang ditetapkan. Cari label SARA dan MyKasih pada produk.

Langkah 2: Terus ke kaunter bayaran dan tunjukkan MyKad anda untuk pengesahan.

Langkah 3: Jika ini kali pertama anda menebus bantuan tunai melalui SARA, PIN default 6 digit adalah 6 digit pertama nombor MyKad anda. Anda akan diminta menetapkan PIN baharu.

Jika anda telah menetapkan PIN sebelum ini, gunakan PIN tersebut semasa membuat bayaran.

Langkah 4: Juruwang akan imbas semua barangan yang layak di bawah inisiatif SARA.

Langkah 5: Sahkan pembayaran menggunakan MyKad anda dan masukkan PIN 6 digit yang telah anda tetapkan.

Langkah 6: Pembayaran selesai dan resit akan dikeluarkan untuk transaksi anda.

Anda boleh tonton video rasmi SARA 2025 daripada MyKasih di bawah.

Sebagai ringkasan, berikut ialah 6 langkah untuk guna Bantuan Tunai RM100 SARA daripada Kementerian Kewangan:

Sebagai peringatan, bantuan tunai RM100 ini boleh digunakan sepanjang tempoh program sehingga 31 Disember 2025. Menurut Kementerian Kewangan, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya.

Cara semak status dan baki SARA

Jika anda ingin semak kelayakan dan baki SARA, anda boleh lakukannya di portal rasmi MyKasih. Klik pada butang “Semak Kelayakan”, kemudian masukkan nombor MyKad anda.

Untuk inisiatif RM100 SARA yang bermula pada 31 Ogos 2025, semakan status boleh dibuat bermula 21 Ogos 2025.

Boleh guna MyKad lama untuk tebus?

Oleh kerana MyKad adalah satu-satunya cara untuk tebus bantuan tunai RM100 SARA, anda kena pastikan kad anda berfungsi dengan baik. Tapi, perlu ke tukar kalau kad dah lama?

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mereka sarankan anda cuba guna MyKad anda terlebih dahulu untuk pastikan cip masih berfungsi. Kalau cip gagal dibaca, data kad tidak dapat dikesan oleh bank atau agensi kerajaan, atau rosak teruk, barulah anda perlu ganti di pejabat JPN berhampiran.

Kos gantian kad adalah RM10 dan boleh siap dalam masa 30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, JPN UTC, dan beberapa cawangan terpilih.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: icMyKadSARAtng
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER