• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Xiaomi Mix Fold tak masuk Malaysia? Ini penjelasan Xiaomi

  • OLEH Putra Aziz
  • 10:24 pm
  • 29/07/2025
  • Komen
Kenapa Xiaomi Mix Fold tak masuk Malaysia? Ini penjelasan Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Kita boleh lihat semakin banyak model peranti lipat baru dilancarkan, seperti Galaxy Z Fold 7, Oppo Find N5, dan Honor Magic V5. Malah, Vivo yang sebelum ini tidak pernah membawa masuk telefon lipat mereka, Vivo Fold juga sudah melancarkan Vivo X Fold 5 untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Xiaomi adalah antara syarikat yang turut menawarkan peranti boleh lipat, melalui Xiaomi Mix Fold. Tetapi sehingga kini, selepas empat generasi Mix Fold diperkenalkan, masih tiada kelibat peranti lipat Xiaomi kelihatan di pasaran Malaysia. Mesti ada yang tertanya-tanya, bila Xiaomi akan membawa masuk Xiaomi Mix Fold di sini?



Untuk menjawab persoalan itu, kami berkesempatan untuk menghadiri sebuah wawancara bersama Eddie Huang, Pengurus Besar Xiaomi Malaysia, sejurus acara pembukaan rasmi stor flagship Xiaomi baharu di The Exchange TRX. Walau bagaimanapun, jawapan yang diterima agak menghampakan.

Tiada perancangan bawa masuk Mix Fold ke Malaysia ketika ini

Xiaomi Mix Fold 4

Ini kerana menurut Eddie, buat masa ini mereka belum merancang untuk membawa masuk siri Mix Fold ke Malaysia memandangkan permintaan terhadap peranti kelas premium Xiaomi masih rendah di pasaran tempatan. Beliau turut mengatakan bahawa kebanyakan peranti yang dijual di Malaysia adalah dalam kategori kelas permulaan dan pertengahan.



Keputusan ini, katanya, selari dengan strategi Xiaomi sebelum ini yang lebih menumpukan kepada segmen tersebut. Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan strategi itu akan berubah pada masa hadapan, lebih-lebih lagi apabila syarikat kini semakin memberi tumpuan kepada penawaran peranti premium.

Jika permintaan dan jualan bagi segmen ini meningkat, mereka mungkin akan mempertimbangkan untuk membawa masuk siri Mix Fold ke pasaran tempatan.

Kenapa tiada laptop Xiaomi lagi?

Dalam masa yang sama, apabila ditanya mengapa Xiaomi tidak lagi memperkenalkan laptop untuk pasaran Malaysia, pihak Xiaomi menjelaskan bahawa sebabnya sama seperti Mix Fold, iaitu permintaan yang rendah dan laptop bukan menjadi keutamaan mereka buat masa ini.

Namun begitu, keputusan ini masih boleh berubah pada masa hadapan kerana ia bergantung kepada permintaan pasaran. Untuk makluman, kali pertama dan terakhir Xiaomi melancarkan laptop di Malaysia adalah pada tahun 2022 menerusi RedmiBook 15.

Pembukaan rasmi stor flagship Xiaomi di TRX

Stor flagship Xiaomi di The Exchange TRX merupakan yang kedua di Malaysia selepas stor pertama mereka di IPC Damansara yang dibuka pada Disember tahun lepas. Stor flagship baharu ini juga menampilkan rangkaian produk Xiaomi paling banyak di Malaysia, dengan lebih daripada 250 unit tersedia, jauh lebih banyak berbanding 89 unit di IPC serta mempunyai keluasan sekitar 2,700 kaki persegi.

Antara produk yang boleh didapati di stor TRX termasuk telefon pintar, tablet, jam tangan pintar, robot vakum, televisyen, serta pelbagai produk AIoT seperti peti sejuk Mijia Refrigerator dan penyaman udara Mijia Aicond. Bukan itu sahaja, mereka turut mempamerkan mesin basuh 2-dalam-1 Mijia Washer Dryer yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 7 Ogos 2025.

Difahamkan, stor TRX ini juga antara stor Xiaomi yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan di Malaysia. Jadi, anda hadir ke sana jika mengalami sebarang masalah dengan produk Xiaomi. Setakat ini, Xiaomi mempunyai 77 stor di Malaysia dan mereka menyasarkan untuk memiliki 85 stor menjelang hujung tahun ini.

Tags: Mix Foldxiaomixiaomi malaysiaXiaomi Mix Fold
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Kenapa Xiaomi Mix Fold tak masuk Malaysia? Ini penjelasan Xiaomi

Kenapa Xiaomi Mix Fold tak masuk Malaysia? Ini penjelasan Xiaomi

29 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER