• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X Fold 5 dilancar, telefon lipat pertama Vivo di Malaysia dengan bateri 6,000mAh & kalis air IP59+

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:24 pm
  • 29/07/2025
  • Komen
Vivo X Fold 5 dilancar, telefon lipat pertama Vivo di Malaysia dengan bateri 6,000mAh & kalis air IP59+
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia akhirnya telah melancarkan Vivo X Fold 5 untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan telefon boleh lipat pertama yang dibawa masuk ke Malaysia, sejak X Fold pertama diperkenalkan pada 2022. Seperti kebanyakan telefon lipat dalam pasaran, X Fold 5 turut menampilkan rekaan badan nipis, ringan dan tahan lasak, tapi hadir dengan kapasiti bateri paling besar, 6,000mAh.

Harga dan ketersediaan Vivo X Fold 5 di Malaysia

Terdapat satu varian tersedia dan berikut adalah harga jualan Vivo X Fold 5 di Malaysia:



  • RAM 16GB + storan 512GB – RM6,999

Tempahan awal dibuka bermula hari ini sehingga 1 Ogos, dan Vivo menawarkan hadiah percuma sehingga RM3,196 termasuk lanjutan waranti 1+1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun, waranti global, set hadiah dan fon putik TWS 3e, diskaun PWP 30% Watch GT serta rebat tukar beli RM200.

Vivo X Fold 5 ditawarkan dalam dua warna, iaitu putih dan hitam. Kalau berminat, anda boleh dapatkan Vivo X Fold menerusi stor Vivo di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Vivo X Fold 5

Vivo X Fold 5 hadir dengan skrin dalam LTPO AMOLED bersaiz 8.03 inci, dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 4,500 nits. Untuk skrin luar, ia menggunakan panel LTPO AMOLED 6.53 inci, juga dengan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum mencecah 5,500 nits.

Dari segi dimensi, X Fold 5 tampil dengan ketebalan 9.2mm apabila dilipat dan hanya 4.3mm apabila dibuka, dengan berat 217g. Ini menjadikannya sedikit lebih tebal berbanding Galaxy Z Fold 7 pada 8.9mm dalam keadaan dilipat dan 4.2mm apabila lipatan dibuka, serta Honor Magic V5 pada 8.8mm dalam keadaan dilipat dan 4.1mm apabila lipatan dibuka.

Selain itu, Vivo mendakwa engsel X Fold 5 mampu bertahan sehingga 600,000 kali lipatan. Ia juga hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP58/59+. Jika anda tertanya-tanya maksud penarafan “9+”, menurut Vivo, ia adalah kemampuan peranti ini dilipat sebanyak 1,000 kali pada kedalaman 1 meter dalam air.

Berkenaan prestasi, X Fold 5 diperkasa cip Snapdragon 8 Gen 3 yang bergandingan dengan RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS4.1 512GB. Sistem operasi FuntouchOS 15 berasaskan Android 15 digunakan sejurus keluar kotak.

Seperti telefon flaghsip Vivo yang lain, sistem kamera X Fold 5 ditala pakar kamera ZEISS. Ia dilengkapi tiga kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP f/1.57 dengan sensor Sony IMX921 1/1.56” dan sokongan OIS, serta kamera ultra-lebar 50MP f/2.05 yang menyokong autofokus.

Kamera ketiga pula ialah lensa telefoto 50MP f/2.55 menggunakan sensor Sony IMX882 bersaiz 1/1.95”, menawarkan zum optikal 3x dan zum digital sehingga 100x. Kamera telefoto ini turut menyokong tangkapan makro. Untuk ambil gambar selfie, terdapat dua kamera selfie 20MP di skrin luar dan dalam.

Yang menariknya,k apasiti bateri yang dimuatkan pada X Fold 5 adalah paling besar dalam segmennya, 6,000mAh jenis Bluevolt. Ini lebih besar berbanding Magic V5 (5,850mAh) dan Oppo Find N5 (5,600mAh). Menurut Vivo, ini membolehkan X Fold 5 untuk memberikam 80.6 jam masa main muzik, 13.2 jam mesyuarat dalam talian, dan sehingga 8.8 hari jika tidak digunakan.

Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan 80W melalui USB-C dan wayarles 40W. Bukan setakat itu, X Fold 5 turut dilengkapi dengan Bluetooth 5.4, WiFi 7, 5G, serta satu butang “Shortcut” yang boleh disesuaikan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo X Fold 5.


Tags: vivovivo MalaysiaVivo X Fold 5X Fold 5
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Vivo X Fold 5 dilancar, telefon lipat pertama Vivo di Malaysia dengan bateri 6,000mAh & kalis air IP59+

Vivo X Fold 5 dilancar, telefon lipat pertama Vivo di Malaysia dengan bateri 6,000mAh & kalis air IP59+

29 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER