Telefon jatuh, skrin retak adalah masalah biasa yang hampir semua orang pernah alami. Itulah sebabnya kita guna pelindung telefon. Tetapi kadang-kadang, walaupun tiada calar di luar, komponen dalaman boleh tetap rosak.
Rhinoshield, salah satu jenama sarung premium, kini hadir dengan AirX, sarung telefon khas untuk iPhone yang bukan saja lindungi bahagian luar telefon, tetapi juga direka untuk menyerap hentakan bagi melindungi komponen dalaman.
Satu-satunya sarung telefon mampu serap hentakan 81%

Menurut Rhinoshield, AirX adalah satu-satunya casing di pasaran yang mampu menyerap hentakan sehingga 81%, hasil penggunaan teknologi Dual-Layer Internal Damage Protection System yang dibangunkan mereka. Teknologi ini menampilkan dua lapisan perlindungan.
Lapisan pertama dikenali sebagai Air Isolation Chamber, iaitu sistem kusyen udara 360° yang berfungsi seperti beg udara untuk telefon anda. Ia menyerap impak semasa jatuh dan mengalihkan daya tersebut jauh daripada titik tekanan kritikal. Ruang udara ini juga memampat dan kembali ke bentuk asal untuk menstabilkan impak.

Lapisan kedua pula ialah Compression Skeleton, direka khas untuk menyerap hentakan kuat pada kawasan berisiko tinggi seperti di bahagian bucu. Lapisan ini menyebar impak dan bantu kurangkan kesan pada komponen dalam telefon.
Selain itu, Rhinoshield turut menyertakan AirX dengan butang tertanam (embedded buttons) yang dibina dalam ruang kusyen. Ini membantu lindungi butang telelefon anda, terutamanya semasa jatuh di bahagian sisi.
Kebanyakan sarung telefon akan kehilangan keupayaan menyerap hentakan selepas beberapa kali jatuh disebabkan keletihan bahan. Untuk pastikan AirX kekal tahan lama, Rhinoshield telah mengujinya dengan 24,000 kali jatuhan berulang di makmal mereka. Menurut Rhinoshield, AirX adalah 30 kali lebih tahan lasak berbanding sarung telefon biasa.

Untuk pastikan kualiti, Rhinoshield turut gunakan kaedah ujian kemalangan seperti dalam industri automotif serta AI untuk kesan kecacatan kecil sebelum produk dikeluarkan. Antara ujian dijalankan termasuk ujian Pelanggaran G-Force, ujian Piawaian Tentera MIL-STD, ujian Kilasan (Torsion Test), ujian jatuhan berulang, ujian ketahanan butang terbina dan Pemeriksaan Optik Automatik (AOI).
Semua ujian ini dilakukan bagi mengenal pasti titik-titik lemah yang berpotensi menyebabkan kerosakan dalaman atau luaran, serta ketahanan butang, daya tahan terhadap putaran dan sebagainya.
Model iPhone yang serasi & harga Rhinoshield AirX


Sarung Rhinoshield AirX tersedia untuk model iPhone berikut:
- iPhone 16
- iPhone 16 Plus
- iPhone 16 Pro
- iPhone 16 Pro Max
- iPhone 15 Pro
- iPhone 15 Pro Max
Anda boleh dapatkannya dalam dua warna, kelabu dan hitam dengan pilihan MagSafe juga disediakan. Harganya adalah seperti berikut:


- AirX standard: USD 62.99 (~RM268)
- Edisi bertema (NBA, Naruto, Snoopy): USD 68.99 (~RM293)
- Rekaan tersuai melalui laman web Rhinoshield: USD 65.99 (~RM281)
Bermula sekarang hingga 5 Ogos 2025, anda boleh jimat 10% dengan menggunakan kod promo “soyacincau07”. Anda hanya perlu belanja minimum USD 25 (~RM106) di laman web Rhinoshield.