• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi TV Box S Gen-3 kini di Malaysia, kotak TV Google 4K dengan storan besar

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:17 pm
  • 31/07/2025
  • Komen
Xiaomi TV Box S Gen-3 kini di Malaysia, kotak TV Google 4K dengan storan besar
Share on FacebookShare on Twitter


Xiaomi telah melancarkan TV Box S generasi ke-3 mereka secara rasmi di Malaysia. Ia merupakan kotak TV terbaru Xiaomi yang menjalankan Google TV, serta hadir dengan beberapa naik taraf termasuk cip pemproses lebih pantas dan storan dalaman lebih besar,

Harga Xiaomi TV Box S Gen-3 di Malaysia

Xiaomi TV Box S gen 3 ditawarkan dalam satu warna hitam, dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Xiaomi TV Box S Gen-3 (RAM 2GB + 32GB) – RM239

Anda boleh mendapatkannya sekarang secara dalam talian melalui Mi.com atau stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Xiaomi TV Box Gen-3

Seperti model terdahulu, TV Box ini menggunakan antaramuka Google TV serta hadir dengan pembantu suara Google Assistant terbina. Ia menyokong penstriman sehingga resolusi 4K, lengkap dengan HDR 10+ dan Dolby Vision untuk visual lebih kaya dan terang. Untuk audio pula, ia menyokong Dolby Audio serta DTS:X bagi pengalaman bunyi yang lebih imersif.



Pengguna boleh mengawal kotak TV ini menggunakan alat kawalan jauh Bluetooth dengan kawalan suara. Turut disertakan adalah Xiaomi TV+, perkhidmatan penstriman percuma daripada Xiaomi yang menawarkan saluran TV langsung tanpa sebarang langganan.

Xiaomi TV Box S Gen-3 ini dikuasakan oleh cip pemproses quad-core sehingga 2.5GHz, yang menurut Xiaomi adalah 25% lebih pantas berbanding model generasi sebelumnya. Ia dipadankan dengan RAM 2GB, sama seperti sebelum ini, tapi storan dalaman lebih besar 32GB berbanding hanya 8GB.

Dari segi sambungan, kotak TV ini menerima sokongan WiFi 6 dan Bluetooth 5.2. Bahagian belakang peranti menempatkan port HDMI 2.1 dan USB-A 2.0 untuk sambungan tambahan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Xiaomi TV Box S Gen 3.

Tags: androidGooglegoogle tvxiaomixiaomi malaysiaXiaomi TV Box SXiaomi TV Box S gen 3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Xiaomi TV Box S Gen-3 kini di Malaysia, kotak TV Google 4K dengan storan besar

Xiaomi TV Box S Gen-3 kini di Malaysia, kotak TV Google 4K dengan storan besar

31 July 2025
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN