• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify naikkan harga Premium di Malaysia, kini dari RM9.50 sebulan

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:49 pm
  • 05/08/2025
  • Komen
Harga langganan Spotify Premium naik di Malaysia, anda masih nak guna ke?
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify kini mengumumkan kenaikan harga untuk langganan Spotify Premium. Melalui pengumuman yang diutusklan di laman web mereka, Spotify memaklumkan perubahan tersebut akan dilakukan pada kitaran beli seterusnya, pada bulan September. Kali terakhir harga Premium meningkat adalah pada tahun 2023.

Menurut Spotify, harga langganan Premium ini akan meningkat di beberapa beberapa pasaran termasuk Asia Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Asia-Pasifik. Pengguna juga akan menerima e-mel tentang pelarasan harga baharu ini.



Meskipun tidak menyatakan negara mana yang terlibat, pengguna Malaysia juga dilihat terkesan dengan kenaikan ini. Ini kerana, laman web Spotify Malaysia kini memaparkan harga langganan Premium baru, menunjukkan peningkatan di antara RM1-RM3 berbanding sebelumnya.

Untuk lebih jelas, berikut adalah harga baru untuk langganan Premium di Malaysia:



  • Spotify Premium Individual – RM15.90 RM17.50/bulan (+RM1.60)
  • Spotify Premium Duo – RM21.50 RM24.5/bulan (+RM2.00)
  • Spotify Premium Family – RM24.90 RM27.90/bulan (+RM3.00)
  • Spotify Premium Student – RM8.50 RM9.50/bulan (+RM1.00)

Selain daripada Malaysia, kenaikan harga ini turut melibatkan beberapa negara Eropah seperti Sepanyol, Itali dan Portugal. Walaupun Spotify tidak memberikan sebarang penjelasan tentang kenaikan harga ini, ia berkemungkinan disebabkan keuntungan lebih kurang dari yang dijangka bagi suku kedua tahun ini.

Tags: SpotifySpotify Premium
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Harga langganan Spotify Premium naik di Malaysia, anda masih nak guna ke?

Spotify naikkan harga Premium di Malaysia, kini dari RM9.50 sebulan

5 August 2025
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN